DIANUGERAHKAN bulu mata yang lentik secara semula jadi merupakan salah satu kelebihan yang bisa membuatkan wajah seseorang berseri. Bagaimanapun, ada beberapa cara untuk membuatkan bulu mata lentik dan lebat dengan lebih pantas. Salah satunya adalah dengan menggunakan pengepit bulu mata agar bahagian mata kelihatan lebih menonjol dan ekspresif. Tambahan pula beberapa hari saja lagi, umat Islam akan meraikan Aidilfitri. ARTIKEL BERKAITAN: Malu pakai baju raya sendat tak ikut fitting? BOS Boutique pilihan orang badan gempal, seluar dalam 6XL pun ada! Sudah tentu kaum Hawa teruja untuk bersolek agar kelihatan anggun dan memikat. Namun tanpa disedari, mungkin ada di antara wanita yang melakukan kesalahan ketika melentikkan bulu mata menggunakan pengepit. Jom semak supaya anda dapat mengelakkan daripada melakukan kesalahan yang sama. Elakkan memakai maskara sebelum melentikkan bulu mata. 1. Melentikkan bulu mata selepas memakai maskara Ini adalah perkara yang paling penting untuk dielakkan. Sebaik sahaja memakai maskara, bulu mata kita akan menjadi kaku dan melentikkannya dengan pengepit akan menyebabkan ia rosak dan gugur. 2. Kepit terlalu kuat Cara yang betul untuk melentikkan bulu mata adalah dengan hanya mengepit secara perlahan-lahan selama tidak lebih daripada 10 saat. Apabila anda cenderung untuk menekan pengepit terlalu kuat semasa melentikkan bulu mata, ia cenderung untuk merosakkan bulu mata. 3. Tidak membersihkan pengepit bulu mata Penggunaan yang kerap dan berterusan menyebabkan pengepit bulu mata cenderung untuk mengumpul bakteria dan kuman. Sisa celak lama, sel kulit mati, bulu mata gugur, dan lain-lain boleh menyebabkan pengepit tidak berfungsi dengan baik, malah sebaliknya menyebabkan jangkitan mata. Oleh itu, jadikan rutin untuk memastikan pengepit bulu mata sentiasa bersih. Anda boleh menggunakan sedikit cecair penanggal solekan, tuangkan pada kapas dan bersihkan sisa kotoran pada pengepit. Jika sering melakukan kesalahan berterusan, bulu mata akan mudah rosak dan gugur. Gambar hiasan. 4. Tidak menggantikan pad getah Penggunaan terlalu lama akan menyebabkan pad getah 'haus' dan hilang keanjalannya. Ini menyebabkan pengepit tidak berfungsi dengan normal. Sekali sekala, tukarlah pad getah pengepit bulu mata contohnya, tiga bulan sekali. 5. Membeli pengepit yang tidak berkualiti Kebiasaannya, pengepit bulu mata yang sangat murah tidak memberikan hasil yang anda inginkan. Apa yang lebih dibimbangkan adalah sekiranya pengepit tersebut hanya akan merosakkan bulu mata anda. Usahlah terlalu berkira, belilah yang berkualiti agar bulu mata anda tidak rosak. Semoga bermanfaat! - Girlstyle.com Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!