WANITA dengan pelbagai latar belakang budaya dan umur sudah banyak menghiasi muka depan majalah Vogue di seluruh dunia. Namun, belum pernah lagi wanita berusia lebih 100 tahun menjadi penghias muka depan majalah terkenal itu, sehinggalah nenek ini muncul. Apo Whang-Od, seorang wanita berusia 106 tahun, dipilih untuk menjadi 'cover' Vogue Philippines bagi keluaran April 2023 yang mengangkat isu kecantikan. Langkah itu sekali gus menjadikan artis tatu dari Filipina itu sebagai orang tertua pernah muncul di hadapan majalah berkenaan. Apo yang tinggal di kampung Buscalan, kira-kira 15 jam dari Manila, Filipina, dikenali sebagai 'mambabatok' tertua di negara itu atau ahli tatu tradisional wilayah Kalinga. "Digembar-gemburkan sebagai 'mambabatok' terakhir dalam generasinya, dia mencetak simbol suku Kalinga iaitu menunjukkan kekuatan, keberanian dan kecantikan pada kulit beribu-ribu orang yang melakukan ziarah ke Buscalan," demikian catatan Vogue Philippines di Instagram. Majalah Vogue Philippines keluaran April 2023. Muka depan majalah Vogue menunjukkan Apo bergambar duduk dalam tank top hitam dan skirt merah dengan motif etnik, menampakkan lengan dan dadanya yang dihiasi lukisan tatu. ARTIKEL BERKAITAN: Usia 56 tahun, ‘daddy’ kacak ini tak lupa diri sudah tua... Kira kalori makanan antara petua kekal awet muda Difahamkan, bapanya yang memperkenalkan seni tatu kepada wanita tersebut sejak dia remaja. "Saya seorang sahaja yang membuat tatu. Tetapi saya tidak takut seni tatu ini akan pupus kerana saya telah melatih generasi seterusnya," ujar Apo yang juga dikenali sebagai Maria Oggay kepada CNN Travel pada 2017. Apo mencipta sejarah sebagai orang tertua pernah muncul dalam edisi majalah Vogue. Tidak ramai wakil masyarakat Orang Asli muncul di muka depan majalah tersebut. Sebelum ini, model wanita bernama Quannah Chasinghorse berketurunan Orang Asli Amerika menjadi 'cover' untuk keluaran Mei 2021 dan Mei 2022 Vogue Mexico, dan kemudian Vogue Australia dengan empat wanita Orang Asli lain. Harus diingatkan, dalam Islam tindakan mencacah tatu di mana-mana anggota badan adalah haram walaupun ia hanyalah tatu sementara. Memetik pendakwah Wan Dazrin Wan Din, katanya, perbuatan tersebut adalah dilarang sebagaimana firman baginda Nabi Muhammad SAW. "Menurut Bukhari dan Muslim, Allah melaknak waita-wanita yang mentatu dan meminta untuk ditatu. "Manakala Al Imam Ibu Hajar pula berkata, hal ini sama sahaja lelaki dengan perempuan. Maksudnya, kedua-dua tak boleh bertatu yang bersifat kekal sebab perbuatan tersebut dilaknat Allah SWT. "Kita dianggap telah mengubah ciptaan Allah kerana tatu yang original ini tak boleh ditanggalkan dan melekat selamanya di badan," katanya. - Wolipop/Vogue Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube