suria

Teman lelaki dan ‘ex-BF’ kata aroma seksi, influencer keluarkan produk perfume sendiri... titisan peluhnya jadi bahan utama

Wanessa melancarkan minyak wangi yang diperbuat daripada peluhnya sendiri. Foto: Instagram wamoura

KEBIASAANNYA, bahan utama dalam pembuatan minyak wangi terdiri daripada haruman bunga-bungaan, buah-buahan atau bahan dari alam semula jadi.

Namun pernahkah anda mendengar minyak wangi diperbuat daripada peluh manusia?

Seorang model dan influencer media sosial yang berasal dari Brazil, Wanessa Moura melakukan inovasi dalam dunia wangian apabila melancarkan produk minyak wangi, Fresh Goddes, yang mengandungi peluhnya sendiri.

Model berusia 29 tahun ini berani menjadikan peluhnya sebagai salah satu bahan utama pembuatan minyak wangi kerana diberitahu oleh teman lelaki dan bekas kekasihnya sebelum ini bahawa keringatnya beraroma seksi dan menarik.

perfume 2

Setiap botol minyak wangi tersebut mengandungi 8ml peluh Wanessa.

"Bau alami saya memikat jejaka, jadi saya menggunakan titisan peluh saya sebagai bahan wangian," ujarnya.

Setiap botol minyak wangi Fresh Goddes mengandungi peluh Wanessa sebanyak 8 mililiter (ml).

ARTIKEL BERKAITAN: Sejarah tercipta! Bergaya dengan tank top, ‘mambabatok’ umur 106 tahun hiasi muka depan majalah Vogue

Peluh itu ditambah untuk memberi sentuhan sensual dan feminin.

Ia dicampurkan dengan bahan lain yang beraroma sitrus seperti limau mandarin dan limau purut.

"Peluh saya adalah bahan terpenting dalam formula ramuan cinta dan seks untuk minyak wangi ini.

perfume 3

Peluhnya ditambah untuk memberi sentuhan sensual dan feminin.

"Ini adalah minyak wangi yang ideal untuk keluar berjanji temu (dating) dan menikmati pengalaman indah bersama pasangan atau menarik perhatian jejaka yang anda sukai," ujarnya lagi.

Ini bukanlah kali pertama Wanessa mencetuskan 'kekecohan' dalam kalangan peminatnya.

Dia sebelum itu menjadi tumpuan selepas mengaku pernah menjalani empat kali pembedahan plastik pada hidung.

Wanessa yang popular di media sosial mengumpul 1.5 juta pengikut di Instagram dan membuat laman web sendiri bagi mempromosikan minyak wanginya. - Wolipop

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain