suria

Rupa paras menawan, penampilan menarik! 5 tip ini bantu diri anda digelar individu ‘good looking’

Istilah 'good looking' tidak sekadar menghuraikan fizikal sahaja sebaliknya turut mengambilkira soal penampilan. Foto: Freepik

PASTI anda sering mendengar istilah 'good looking' bukan?

Istilah ini sering digunakan apabila membincangkan sesuatu objek yang dianggap sedap mata memandang.

Tetapi apa sebenarnya maksud good looking?

Istilah good looking selalunya merupakan ungkapan seseorang untuk merujuk kepada sesuatu yang dianggap indah untuk dipandang atau individu berpenampilan cantik atau menarik. Ia juga sering digunakan sebagai nada ekspresi positif, contohnya apabila anda memuji orang lain.

Oleh itu istilah ini sering digunakan untuk menggambarkan seseorang yang menarik secara visual.

Dipetik daripada buku "Talking Is Easy" (2022) karya Febri Asiani, pada masa ini paradigma bagi maksud perkataan good looking tidak hanya tertumpu kepada kecantikan fizikal atau ketampanan, tetapi telah berkembang kepada konteks penampilan.

Orang yang kelihatan menarik pastinya mempunyai daya tarikan yang tersendiri.

Berikut adalah tip untuk kelihatan good looking:

1. Yakin dengan diri

Melakukan segala-galanya dengan penuh keyakinan boleh membantu anda kelihatan lebih menarik di mata orang lain. Keyakinan juga boleh menjadikan anda bebas daripada kebimbangan yang menyebabkan rasa tidak selamat.

2

Pilih pakaian yang sesuai mengikut tema merupakan salah satu tip untuk kelihatan good looking. Gambar hiasan. Foto: Freepik

2. Bijak memilih fesyen pakaian

Memilih gaya pakaian yang betul adalah sama penting untuk menambah daya tarikan seseorang. Sarunglah pakaian yang sesuai dengan tempat dan suasana. Contohnya apabila anda berada di majlis rasmi, gunakan sut atau pakaian yang anggun dan kemas.

ARTIKEL BERKAITAN: Teman lelaki dan ‘ex-BF’ kata aroma seksi, influencer keluarkan produk perfume sendiri... titisan peluhnya jadi bahan utama

3. Pilih gaya rambut yang sesuai

Ada istilah yang mengatakan bahawa rambut adalah mahkota seseorang. Dengan memilih gaya rambut yang betul, seseorang akan kelihatan lebih menarik untuk dipandang. Oleh itu, jangan takut untuk menukar gaya rambut jika anda rasa ia tidak sesuai lagi.

1

Penjagaan wajah bukan hanya penting untuk wanita, bahkan lelaki juga. Gambar hiasan. Foto: Freepik

4. Menjaga kebersihan wajah

Wajah yang kelihatan berminyak dan kotor akan nampak tidak menarik di mata orang lain. Bukan sahaja untuk wanita, tetapi lelaki turut tidak terkecuali.

Rajinlah mencuci muka, menggunakan produk penjagaan kulit dan mendapatkan rawatan dengan pakar kulit jika bermasalah bagi memastikan wajah sentiasa bersih dan sihat.

5. Perawatan diri

Belum terlambat untuk anda menghargai diri sendiri. Antaranya, menjaga rambut dan kulit, menggunakan minyak wangi, menjaga pemakanan, banyak rehat, menjaga postur badan, kerap mencukur janggut dan misai bagi lelaki adalah beberapa contoh penjagaan diri.

Tampil dengan imej rapi dan bersih, penampilan seseorang secara automatik akan kelihatan lebih menarik pada mata orang lain. Pendek kata, sayangi diri. Semoga bermanfaat! - Wolipop

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain