suria

Tak perlu bersolek tebal ketika cuaca panas... Ini 8 tip penjagaan kulit agar tak kering dan kusam

Terik cahaya matahari memberi kesan kepada kesihatan kulit. -Gambar hiasan

BUKAN mahu menjadi 'puteri lilin', tetapi cuaca panas melampau ketika ini menyebabkan ramai yang memilih untuk mengelak berada di luar terlalu lama.

Terik matahari bukan sahaja membuatkan tubuh badan kita lebih cenderung untuk dehidrasi dan kemungkinan besar mengalami strok haba, malah ia turut menjejaskan kesihatan kulit.

Masalah seperti kedutan, penuaan pramatang kulit, kekeringan dan banyak masalah kulit lain akan berlaku jika kita terdedah kepada cahaya matahari terlalu lama.

ARTIKEL BERKAITAN: Cuaca panas ‘lit lit’, hati-hati orang beraya di utara dan Pantai Timur! Suhu boleh cecah 37 darjah Celsius

Macam mana mahu mengekalkan kecantikan kulit ketika cuaca panas? Berikut adalah beberapa petua penjagaan kulit yang boleh dijadikan panduan bersama:

1. Pilih pelindung matahari (sunscreen) yang sesuai dengan jenis kulit anda.

Sekiranya pelindung matahari mencetuskan sensitiviti atau ruam atau jerawat, tukar kepada blok matahari mineral (sunblock). Penting juga untuk memeriksa SPF (Faktor Perlindungan Matahari).

sunscreen

Jangan lupa pakai krim pelindung matahari setiap kali keluar rumah.

2. Individu yang mempunyai kulit berminyak harus mengelak daripada menggunakan SPF yang lebih tinggi daripada 20.

Ia membebankan kulit anda dengan bahan kimia dan menambah kepada minyak. Gunakan pelembap berasaskan air untuk kulit berminyak dan berjerawat, pencuci muka berasaskan asid salisilik juga bagus untuk anda.

3. Lebih bagus jika anda boleh mengelakkan pendedahan matahari antara pukul 10 pagi hingga 3 petang.

4. Pakai pakaian yang diperbuat daripada fabrik sesuai, sebaik-baiknya kapas.

5. Pakai topi untuk melindungi kulit muka anda dan pakai cermin mata hitam untuk melindungi mata.

kulit 2

Pilih pakaian daripada fabrik yang sesuai untuk mengelakkan kepanasan atau gatal.

6. Elakkan solekan dan semburan minyak wangi pada kulit anda kerana ia boleh mengotorkan kulit secara kekal apabila ia bertindak balas dengan matahari.

7. Minum banyak air kerana dehidrasi mengakibatkan kulit kering, berkedut, bintik-bintik dan kekurangan cahaya.

8. Amalkan memakan banyak sayur-sayuran hijau dan buah-buahan yang kaya dengan vitamin C. Diet yang kaya dengan flavonoid dan antioksidan akan membantu untuk memastikan kulit yang sihat dan berseri. Semoga bermanfaat! - Timesofindia

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain