suria

Tak perlu telan ubat moden, rupanya limau nipis dan ais bantu hilangkan sakit kepala... Boleh buat mandi selepas Asar

Air mandian menggunakan ais dan limau nipis boleh melegakan sakit kepala dan menaikkan seri wajah.

CUACA panas melampau bukan sahaja menyebabkan demam, batuk dan selsema, malah ramai yang turut mengalami sakit kepala.

Selain ubat-ubatan moden, seorang individu dikenali sebagai Saleeha Maarof turut berkongsi kaedah alternatif untuk melegakan sakit kepala yang biasanya menyerang ketika cuaca panas.

Bahan-bahan

1. Ais (tak kisah jumlahnya)

2. Limau nipis tiga biji (boleh buat kiraan ganjil)

3. Air sebaldi

Caranya

1. Campurkan semua tiga bahan tadi dalam sebuah baldi

file6f31jfye0d21ghr9jfrl

Selain ubat moden, anda juga boleh menggunakan petua tradisional untuk melegakan sakit kepala.

2. Sebelum mandi, baca ayat-ayat ini sebelum masuk ke dalam bilik air dan tiupkan ke dalam air dengan niat yang baik.

3. Bacaannya merangkumi surah al-Fatihah tujuh kali, al-Ikhlas tiga kali dan selawat tiga kali.

4. Mandi macam biasa, bersihkan diri dahulu. Akhir sekali baru bilas dengan air sebaldi tadi. Sebaiknya mandi lepas waktu Asar.

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan sahaja migrain, ada 5 punca sakit kepala berpanjangan!

5. Mulakan siram daripada kaki bawa ke atas hingga kepala. Lebihnya boleh siram bahagian tengkuk.

Kalau nak berendam pun lagi bagus.

6. Jangan lap dulu, kalau dapat kering sikit lebih baik.

file7pex9p0qkco1007i51c4

Masalah sakit kepala boleh menyerang ketika cuaca panas.

Menurut individu itu lagi, petua berkenaan bukan sahaja untuk sakit kepala, malah turut berkesan bagi sakit sendi dan masalah sukar tidur malam.

Antara khasiat lain kalau amalkan air mandian ini:

1. Naikkan seri wajah

2. Kuatkan badan

3. Kuruskan badan

4. Aura positif

5. Merawat kulit jadi sihat

6. Hilangkan bisa dan angin pada badan

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain