suria

Jangan panik kalau ‘sunburn’ di wajah... Ini petua hilangkan kesan dengan cepat, guna 2 bahan je

Dua bahan yang digunakan dapat membantu menghilangkan kesan terbakar. -Gambar Arsha Armalie

KAUM wanita pastinya gusar apabila terpaksa melakukan aktiviti di lapangan kerana kulit wajah akan terdedah pada sinaran matahari.

Meskipun memakai krim perlindungan UV, namun kulit tetap berasa sakit dan pedih.

Kesan kulit terbakar atau sunburn pula sukar dihilangkan selain mengambil masa yang lama.

Golongan lelaki yang mementingkan penjagaan wajah juga tidak terkecuali mengalami masalah ini jika sering berada di tempat terbuka.

ARTIKEL BERKAITAN: Nak cantik sekelip mata, sanggup tepek merkuri... Ambil tahu 5 perkara ‘basic’ kalau nak wajah sihat tanpa cela

Tambahan pula mereka yang gemar mandi laut dan beriadah di pantai.

Bagi yang mengalami masalah ini, bolehlah mencuba petua daripada Arsha Armalie untuk menghilangkan kesan sunburn dengan cepat.

Kulit pun bertambah cerah dan lembut selain membuang kulit mati.

Kulit wajah menjadi lebih cerah dan lembut. -Gambar Arsha Armalie

Kulit wajah menjadi lebih cerah dan lembut. -Gambar Arsha Armalie

Bahan-bahan:

1. Oat

2. Susu

Cara penyediaan:

1. Campurkan kedua-dua bahan tadi sehingga sebati.

2. Sapukan pada wajah terutama di kawasan yang mempunyai kesan terbakar.

3. Tunggu sehingga kering atau selama 20 minit.

4. Kemudian bilas dengan air suam sehingga bersih. Akhir sekali, oleskan wajah dengan krim harian anda.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain