suria

Tak ada steam iron no hal! Hanya guna 1 bahan je, baju licin depan dan belakang... Jimat masa dan tenaga

Tip ini mampu membuatkan pakaian yang digosok menjadi licin seperti menggunakan seterika wap. -Gambar TikTok Jules Pitch

SELAIN melipat, menggosok baju adalah antara kerja rumah yang memenatkan.

Lebih stres kalau pakaian tersebut masih tidak hilang kesan kedutan biarpun berkali-kali digosok.

Niat di hati nak membeli 'steam iron' (seterika wap) supaya tugas menggosok baju lebih mudah dan pantas, namun perlukan modal yang besar pula.

ARTIKEL BERKAITAN: Magis beras! Paling kagum boleh ‘pulihkan’ handphone masuk air, kulit pisang buruk kuning semula

Tapi,dengan adanya tip ini anda tidak perlu susah hati dan runsing.

Perkongsian daripada seorang pengguna TikTok, Jules Pitch, mengenai tip bagaimana mahu baju yang digosok menjadi licin seperti menggunakan steam iron pasti membuatkan anda menarik nafas lega!

Paling best, anda tidak perlu mengeluarkan modal yang besar pun!

Apa yang diperlukan hanyalah aluminium foil sahaja.

Berikut adalah perkongsiannya:

1) Tanggalkan alas kain papan seterika, kemudian balutkan dengan aluminium foil.

iron 2

2) Selepas itu pasang semula alas kain tadi dan gosok menggunakan seterika seperti biasa.

iron 3

Hasilnya pasti mengejutkan anda! Tidak perlu menggosok bahagian belakang baju pun, ia akan licin seperti mana bahagian depan.

Secara tak langsung, jimatlah masa kita untuk menggosok pakaian, lebih-lebih lagi jika mahu menggosok untuk tempoh seminggu.

Pendek kata, tiada steam iron, tak ada hal la! Selamat mencuba

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan