suria

Tular wanita tumbuh benjolan selepas ‘waxing’... Ini 5 cara rawatan kulit elak masalah lain

Melakukan 'waxing' tanpa cara yang betul akan menyebabkan kulit bermasalah. -Gambar hiasan

BARU-BARU ini tular kisah seorang wanita mengalami benjolan besar pada bahagian ketiaknya, dipercayai muncul selepas menggunakan wax.

Akibat masalah tersebut, wanita bernama Cherry Tifani dari Indonesia itu terpaksa menjalani pembedahan bagi membuang nanah di ketiaknya.

Difahamkan, pada mulanya dia didiagnos mengalami hidradenitis suppurativa (HS), namun doktor pakar bedah mengatakan keadaan itu merupakan 'abses axilla dextra'.

Susulan itu, Cherry berpesan kepada semua wanita supaya lebih berhati-hati ketika menggunakan wax.

ARTIKEL BERKAITAN: Cukur bulu ketiak pun ada cara dan aturannya... jom semak!

Untuk makluman, sebarang cara yang tidak betul dalam melakukan 'waxing' akan menyebabkan kulit menjadi kemerah-merahan dan keradangan, jerawat, bulu yang tidak tumbuh, benjolan, lebam, kulit terbakar, perubahan warna kulit dan juga kesakitan.

Ia boleh berlaku kerana kekurangan persediaan, tiada percubaan terhadap produk terlebih dahulu, tidak menyedari sebarang risiko dan kurang berpengalaman.

Apa yang patut dilakukan apabila timbul masalah setelah melakukan rawatan waxing?

wax 3

Selepas wax, adalah dinasihatkan untuk mandi bagi membuang sisa lilin yang tertinggal. -Gambar hiasan

Ikuti tip yang disarankan seperti berikut bagaimana untuk merawat kulit anda, menerusi perkongsian laman Hellodoktor:

1) Mandi

- Penggunaan air mandian yang yang suam amat digalakkan. Sekiranya air mandian terlalu panas, ia akan menyebabkan masalah lain akan timbul seperti kekeringan kulit dan keradangan. Gunakan produk pencuci yang membantu mengekalkan kelembapan kulit, ia bertujuan membuang sisa lilin yang tertinggal.

2) Menggunakan 'cold compress'

Kiub ais atau 'cold compress' mengurangkan keradangan yang muncul setelah aktiviti waxing. Balutkan ais dengan kain nipis terlebih dahulu sebelum menggunakannya. Gunakannya beberapa kali dalam sehari.

3) Pakaian yang longgar

Ia membantu kulit untuk bernafas dan mengelakkan pergeseran di antara pakaian dan kulit. Bagi kulit yang mempunyai keradangan, meminimumkan sebarang sentuhan langsung dengan benda-benda lain kerana ia akan menambahkan lebih banyak keradangan.

wax 1

Waxing dilakukan oleh pakar di pusat kencantikan. -Gambar hiasan

4) Elak aktiviti lasak

Aktiviti seperti senaman, sauna atau tab mandian panas boleh mengakibatkan keradangan kerana ianya melibatkan pergeseran langsung di antara kulit dan benda-benda lain. Selain itu, pastikan diri anda terlindung daripada cahaya matahari. Gunakan losyen pelindung cahaya matahari sebelum keluar.

5) Elak produk mengandungi pewangi

Biasanya produk ini mengandungi alkohol seperti ethanol, isopropyl alcohol, alcohol denat, methanol dan benzyl alcohol. Kandungan alkohol seperti ini boleh menyebabkan kekeringan dan jerawat pada kulit, sekaligus menyebabkan kesan yang teruk kepada kulit yang mempunyai keradangan. Gunakan losyen atau krim tanpa pewangi untuk memberikan kelegaan pada kulit anda atau produk dengan wangian semulajadi.

6) Jumpa doktor

Bagaimanapun, jika anda mengalami rasa tidak selesa yang berterusan atau keadaan kulit semakin teruk, segeralah berjumpa dengan doktor.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain