suria

Geram tudung bawal asyik tak ‘on point’, berjam-jam nak pakai... Rupanya salah cara simpan!

Banyak pilihan tudung bawal yang dijual di pasaran. -Gambar hiasan Facebook

TUDUNG bawal sering menjadi pilihan kaum Hawa kerana sifatnya yang ringkas, cantik, mudah dibentuk dan murah.

Namun, segelintir wanita turut berdepan masalah kedutan pada tudung sehingga menjejaskan mood mereka untuk meneruskan aktiviti harian.

Berikut empat tip penyimpanan tudung bawal yang dikongsi di akaun Facebook Lilit by TS untuk membantu wanita agar mudah untuk bergaya dengan tudung bawal.

1. Elak lipat tudung pada garisan sama

Melipat tudung pada garisan sama berulang kali boleh menyebabkan tanda lipatan menjadi kekal. Tidak cukup dengan itu, ia akan mudah terkoyak dan tertarik benang, sekali gus membuatkan tudung anda sukar dibentuk.

2. Jangan campur dengan pakaian lain

Jangan campurkan tudung anda dengan pakaian lain di dalam satu bakul. Ia boleh meninggalkan kedutan yang teruk dan menghilangkan kualiti tudung. Sebaik sahaja anda selesai mencuci dan mengeringkannya, terus asingkan di tempat khusus untuk tudung.

Lebih bagus lagi jika menggantungkannya dengan rapi di rak.

tuudng2

Simpan tudung dengan betul agar kualitinya kekal terjaga. -Gambar hiasan Facebook

3. Gantung pada penyangkut pakaian

Sebelum melakukan kaedah ini, anda hendaklah memastikan tudung digosok terlebih dahulu sehingga kemas. Kemudian lipat secara mendatar tanpa menekan bahagian tengah supaya tidak melengkung dengan sempurna ketika digunakan.

4. Gunakan wall pocket organizer

Wall pocket organizer ini merupakan salah satu tempat menyimpan hijab do it yourself (DIY) yang mudah didapati di pasaran. Ia memudahkan anda untuk mengatur dan menyimpan peralatan bersaiz kecil dan pakaian seperti sarung kaki, jam tangan dan tudung.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain