suria

Ikut petua orang dulu-dulu kalau nak wajah berseri tanpa jerawat... Tepek bedak sejuk je!

Kombinasi bedak sejuk dan asam jawa berkesan untuk mengatasi masalah kulit wajah.

JERAWAT dan jeragat merupakan masalah kulit wajah yang paling biasa dialami semua orang.

Di sebalik lambakan produk kecantikan di pasaran, masih ada dalam kalangan kita yang belum menemui solusi bagi dua masalah ini.

Menurut Iryani Zaki menerusi perkongsian di Facebook, dia mengamalkan petua orang dulu-dulu untuk mengatasi masalah jerawat dan jeragat.

“Muka berjerawat dan berjeragat merimaskan. Takkan nak sapu foundation tebal- tebal. Ada juga hari kita nak keluar muka ‘togel’ je.

file7m4664pab3cm4uuznj2

Masalah jerawat boleh menjejaskan keyakinan seseorang. -Gambar hiasan Relaxnews.

“Yani nak kongsi petua hanya guna dua bahan untuk hilangkan jerawat dan jeragat. Sebelum tidur sapu dulu,” ujar wanita itu.

Bahan-bahan

Bedak sejuk

Asam jawa.

Cara-cara

1. Jadikan asam jawa sebagai pes

2. Campurkan bedak sejuk sehingga sebati dalam pes asam jawa

3. Sapu di muka sehingga sekata.

4. Biarkan selamat 15-30 minit dan bilas

5. Lap kering dan sapu moisturizer atau olive oil

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain