suria

Fesyen makin pelik! Balenciaga buat hal lagi, hasilkan skirt tuala mandi mewah... Letak harga lebih RM4,000

Balenciaga mengeluarkan skirt tuala yang dijual dengan harga tidak masuk akal.

PEMINAT fesyen gempar apabila jenama terkenal, Balenciaga memperkenalkan skirt tualanya kepada dunia sebagai sebahagian daripada koleksi Musim Bunga 2024.

Ia merupakan satu langkah berani dibuat jenama yang sudah terkenal dalam budaya pop sejak sekian lama ini.

Foto skirt tersebut menjadi bualan hangat apabila ramai pengguna media sosial memberikan reaksi terhadap sehelai tuala yang dianggap biasa.

Walaupun ada yang menganggapnya lucu, ramai berpendapat perkara itu agak tidak masuk akal terutamanya selepas mengetahui harga yang diperkenalkan.

ARTIKEL BERKAITAN: Dulu orang miskin je pakai, selipar botol dijangka jadi fesyen jenama mewah tak lama lagi

Dengan harga kira-kira RM4,357 atau 965 dolar Amerika Syarikat (AS), skirt tuala daripada fabrik kapas terry ini akan menjadi salah satu koleksi milik anda.

Skirt uniseks yang dipakai pada bahagian pinggang dilengkapi dua butang dan tali pinggang boleh laras dengan strap di dalamnya.

Untuk penjagaannya, skirt tuala mewah ini memerlukan cucian kering.

Tangkap layar posting dibuat ThePopTingz.

Rekaan terkini jenama mewah itu mula menjadi bualan ramai selepas ThePopTingz berkongsi mengenainya di laman X.

Namun rata-rata netizen seakan tidak percaya skirt tuala menjadi pilihan Balenciaga sebagai koleksi terbaharunya.

"Saya nak order sekarang.

"Saya tak sanggup nak beli.

"Saya boleh beli tuala macam tu dengan harga RM70 dekat Kmart (kedai serbaneka)," komen netizen.

Sebelum ini Balenciaga pernah mencuri tumpuan apabila menghasilkan 'beg plastik sampah' dan 'beg kerepk kentang' jenama popular.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain