suria

Aneh fesyen zaman sekarang! Rekaan kasut persis kaki manusia jadi rebutan, boleh pilih ikut tona kulit

Kasut but rekaan terbaru LV menarik perhatian warga maya.

DISEBABKAN manusia boleh bereksperimen dalam dunia fesyen tanpa batasan atau sempadan, maka timbullah pelbagai rekaan produk yang unik dan pelik.

Lebih menghairankan apabila rekaan tersebut bukan sahaja mendapat permintaan tinggi malah menjadi rebutan sesetengah pihak.

Terkini, rekaan baharu yang menarik perhatian netizen ialah kasut but dari jenama mewah Louis Vuitton.

Sejajar dengan musim sejuk, koleksi baharu ini direka bentuk persis kaki wanita yang menggayakan stokin putih bersama stiletto hitam.

Tampil dalam dua tona warna untuk pilihan pengguna.

Tampil dalam dua tona kulit untuk pilihan pengguna.

Lebih menarik apabila ia datang dalam dua tona kulit dan dijual pada harga AS$2,750 (RM12,850).

“Kulit anak lembu yang dicat menggunakan tangan untuk mencipta ilusi stokin, dengan perincian bergaris dan huruf LV dan dipakai di dalam kasut hitam.

“Setiap model buatan tangan adalah unik, disiapkan sebagai kasut tumit tinggi dan zip belakang yang mudah dipasang,” demikian penerangan produk itu.

Penjualan produk itu mendapat perhatian netizen dengan seorang pengguna Instagram berkata bahawa ia kelihatan seperti kaki prostetik. - WION

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain