suria

Teruja kulit cerah selepas guna produk mengandungi retinol? Ambil tahu dulu 5 kesan jika kerap menggunakannya

Retinol sering digunakan dalam produk penjagaan wajah. -Gambar hiasan

RETINOL merupakan salah bahan utama yang ‘wajib’ ada dalam produk penjagaan wajah pada masa ini khususnya produk anti-penuaan.

Fungsinya antara lain dapat membantu memperbaiki kerosakan kulit, membantu mencerahkan wajah dan membuka pori tersumbat sehinggalah penghasilan kolagen.

Maka tidak hairanlah apabila serum, pelembab hingga krim wajah yang mengandungi retinol diburu masyarakat khususnya perempuan sehingga menjadi kemestian dalam rangkaian produk rawatan wajah.

Namun tahukah anda, segala hal yang berlebihan akan memberi kesan negatif, termasuk pemakaian retinol.

Ini lima perkara yang akan anda alami jika menggunakan retinol dalam jangka waktu yang lama.

Kulit turut ditumbuhi jerawat sekiranya penggunaan dalam jangka masa yang lama. -Gambar hiasan

Kulit turut ditumbuhi jerawat sekiranya penggunaan dalam jangka masa yang lama. -Gambar hiasan

1. Kulit menjadi kering sehingga kemerahan. Pada masa sama, pengguna tegarnya akan turut berasa gatal terutama pada wajah.

2. Pengelupasan yang teruk akan berlaku disebabkan dos yang ‘berlebihan’.

3. Kesan yang sering terjadi adalah perubahan warna kulit selain mudah sensitif sekiranya terdedah pada sinar matahari.

4. Jerawat juga akan lebih mudah timbul pada kulit wajah sehingga memberi kesan seperti melepuh.

5. Bagi wanita hamil, mereka seharusnya mengelakkan penggunaan retinol kerana boleh mengakibatkan kecacatan pada bayi dalam kandungan.

Ia berikutan bahan daripada kumpulan retinoid ini boleh menjadi racun dan meresap masuk ke dalam aliran darah jika diambil secara berterusan untuk tempoh yang lama sekali gus mengakibatkan penggunanya mengalami keracunan vitamin A.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain