suria

Skincare dalam alat solek jadi trend, benar-benar berkesan atau cuma sia-sia pakai?

Para wanita gemar menggunakan produk kecantikan yang megandungi skincare. -Gambar hiasa The Star

SOLEKAN semata-mata tidak mampu menutup cela pada wajah kerana kulit yang cantik dan ‘glowing’ adalah hasil daripada rutin penjagaan yang rapi.

Teknologi masa kini bagaimanapun berjaya menghasilkan produk kecantikan mahupun alat solek yang lebih maju kerana turut mempunyai bahan untuk merawat kulit wajah (skincare).

Malah, ia menjadi trend baharu untuk produk kecantikan masa kini kerana mendapat permintaan tinggi daripada pengguna.

Bagaimanapun, sejauh manakah keberkesanan alat solek '2 in 1' (2 dalam 1) ini?

Produk kecantikan masa kini direka khusus dengan campurani skincare yang merawat kulit. -Gambar hiasan The Star

Produk kecantikan masa kini direka khusus dengan campurani skincare yang merawat kulit. -Gambar hiasan The Star

Memetik laporan Okezone, produk penjagaan wajah yang terdapat dalam alat solekan adalah kurang efektif.

Mengambil contoh bedak yang mengandungi produk pelindung matahari atau lebih dikenali SPF, kandungan bahan tersebut tidak dapat ‘bekerja’ sepenuhnya pada kulit.

“Jumlah SPF yang dioleskan pada wajah adalah pada kadar dua jari sahaja, jika ia terkandung dalam bedak... maka jumlah yang digunakan mungkin tidak mengikut kadar tersebut.

“Dari sudut kesihatan ia tidaklah bagus untuk kulit, oleh itu, pengguna disarankan untuk membeli produk berkenaan secara berasingan,” lapornya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain