suria

‘Mahkota’ rosak, tak sihat... Ini 6 sebab kenapa anda perlu henti tabiat tidur dengan rambut basah

Jerawat berpotensi untuk tumbuh kerana kelembapan pada bantal yang terhasil akibat rambut basah. -Gambar hiasan/The Star

PASTI ramai dalam kalangan kita pernah tidur dengan rambut yang masih basah.

Ini mungkin disebabkan kesuntukan masa untuk mengeringkannya selepas kepenatan dengan tugas seharian di pejabat.

Tahukah anda, perbuatan tidur dengan rambut yang masih basah boleh mengundang kesan sampingan?

Berikut adalah enam sebab mengapa anda sangat tidak digalakkan tidur dengan rambut yang masih basah sebagaimana perkongsian di laman web Sleepfoundation:

1) Rambut rosak

Ketika rambut sedang basah, liang rambut sedang terbuka. Sekiranya anda baring semasa rambut sedang basah, ia akan merosakkan rambut. Ini kerana akarnya mudah terputus. Begitu juga jika anda menyikat rambut. Oleh itu, tidak digalakkan menyikat rambut dan baring ketika rambut basah.

The hair benefits of mustard are still all too unknown, and yet this natural ingredient stimulates hair growth while making it stronger and more resistant. - Photos: 123rf.comLEAD PHOTO

Rambut kelihatan kusam kerana minyak semula jadinya turut diserap ketika rambut basah. -Gambar hiasan/The Star

2) Jerawat

Tiada bukti secara langsung bahawa tidur dengan rambut basah akan menyebabkan seseorang ditumbuhi jerawat. Walau bagaimanapun, sesetengah orang berhati-hati untuk tidak tidur di atas bantal yang lembab kerana percaya ia adalah persekitaran yang ideal untuk bakteria tertentu aktif, yang berpotensi meningkatkan risiko masalah kulit seperti jerawat.

ARTIKEL BERKAITAN: Awas! Rambut bergumpal, botak antara kesan suka tidur ketika rambut masih basah

3) Jangkitan kulit kepala

Bagi sesetengah orang, tidur dengan rambut basah boleh menyebabkan masalah kepada kulit kepala mereka. Bantal dan folikel rambut boleh menyimpan jenis kulat tertentu, sejenis organisma yang boleh hidup subur dalam persekitaran yang lembap.

Kebanyakan jangkitan kulat lebih berkemungkinan berlaku pada individu yang mempunyai sistem imun yang lemah.

tidur 3

Seelok-eloknya anda dinasihatkan mengeringkan rambut sebelum tidur. -Gambar hiasan/The Star

4) Rambut kusam

Apabila air diserap dari rambut ke dalam bantal, minyak semula jadi juga diserap. Rambut anda akan kelihatan lebih kusam dan dehidrasi tanpa minyak ini.

Rambut yang dehidrasi juga lebih cenderung untuk patah. Ingat, terdapat perbezaan besar antara rambut yang kering apabila disentuh dan rambut yang dehidrasi daripada minyak semula jadi.

5) Kelemumur

Rambut basah menyebabkan bakteria dan kulat membiak pada kulit kepala serta bantal anda. Tidur dengan rambut lembap juga menghilangkan minyak semula jadi dari rambut kerana ia mudah diserap oleh bantal bersama-sama dengan kelembapan berlebihan.

Gabungan pertumbuhan bakteria dan kehilangan minyak semula jadi akan menjadikan kulit kepala anda lebih cenderung untuk membiakkan kelemumur.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain