suria

Umur 62 tahun kekal sihat dan jelita, Michelle Yeoh dedah 3 rahsia! Mudah je, semua orang boleh amalkan

Tan Sri Michelle Yeoh kekal jelita biarpun sudah berusia 62 tahun. -Gambar The Star

SIAPA yang tidak kenal dengan figura bernama Tan Sri Michelle Yeoh?

Bintang kelahiran Ipoh, Perak yang mencipta nama di Hollywood ini berjaya mengharumkan nama negara apabila diumumkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik, Anugerah Akademi (Oscar) ke-95, pada Mac tahun lalu.

Kejayaan itu sekali gus menjadikan Yeoh sebagai bintang Asia pertama meraih trofi unggul bagi kategori tersebut dalam sejarah Oscar.

Yeoh atau nama sebenarnya Yeoh Choo Kheng bukan hanya mengagumkan peminat di seluruh dunia dengan ketangkasan aksi lagak ngeri di layar perak, malah kejelitaannya turut memukau setiap mata yang memandang.

ARTIKEL BERKAITAN: Korset bentuk wajah curi tumpuan, rekaan khas Schiaparelli buat Michelle Yeoh

Walau sudah berusia 62 tahun, isteri kepada bekas Ketua Pegawai Eksekutif Ferrari, Jean Todt, ini masih kelihatan anggun, langsing dan 'fit' seperti orang muda!

Malaysian actress Michelle Yeoh attends the 95th Annual Academy Awards at the Dolby Theatre in Hollywood, California on March 12, 2023. (Photo by VALERIE MACON / AFP)

Yeoh dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik, Anugerah Akademi (Oscar) ke-95, pada Mac tahun lalu.

Jom bongkar rahsia di sebalik keanggunan pelakon Everything Everywhere All At Once ini sebagaimana perkongsian portal South China Morning Post.

1) Latihan fitness

Menurut laporan British GQ, Yeoh gemar melakukan senaman kardio dan tai chi untuk mengekalkan kecergasan tubuhnya.

Latihan ini bukan hanya melatih keseimbangan, tetapi juga kekuatan, fleksibiliti dan mengekalkan ketenangan dalaman.

Dalam temu bual bersama Vogue, Yeoh juga mendedahkan rutin lain yang dilakukannya seperti berjalan kaki sehingga 10km sehari dan berlatih yoga selama dua jam setiap hari.

Yeoh berkata, kerap bersenam dapat membuatkan kulitnya kelihatan berseri.

2) Rutin penjagaan kulit wajah

Ketika wanita seusianya mempunyai kulit kusam dan berkedut, tetapi kulit aktres ini flawless dan glowing!

Rahsianya, rutin penjagaan wajah setiap hari.

Kuncinya adalah memastikan kulit kekal terhidrat dengan menggunakan pelembab.

Selain itu, Yeoh juga tidak pernah lupa menggunakan sunscreen untuk melindungi kulitnya daripada kesan buruk cahaya matahari dan memakai masker.

m 3

Yeoh terkenal dengan ketangkasan melakonkan babak aksi dan lagak ngeri.

3. Diet sihat

Menurut Majalah Hello, Yeoh memilih untuk mengambil makanan dalam 'portion' kecil sepanjang hari dan sentiasa melebihkan pengambilan berasaskan tumbuhan seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.

Keluarganya yang mempunyai sejarah diabetes membuatkan Yeoh sentiasa mengehadkan pengambilan gula dalam makanannya.

Yeoh juga peminat makanan Asia. Menurut Business Insider, dia sangat menyukai makanan seperti mi ayam, nasi Padang, dan laksa kari.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain