suria

Nak melaram 1 Syawal, gadis sanggup ke Jakarta beli baju raya di 2 ‘syurga shopping’! Murah, berbaloi ‘terbang’ jauh

Berkunjung ke Jakarta selama tiga hari dua malam dengan misi membeli baju raya.

BULAN Ramadan akan tiba tidak lama lagi, sekali gus keterujaan sambutan Hari Raya Aidilfitri semakin dirasai.

Maka tidak hairanlah seorang gadis sanggup terbang ke Jakarta, Indonesia semata-mata untuk membeli baju raya.

Percaya atau tidak, dia yang ke sana bersama teman-teman bukan pergi melancong tetapi mahu membeli belah untuk kelihatan anggun dan bergaya di pagi raya!

Pelbagai pilihan baju batik dijual di Thamrin City Mall.

Menerusi video yang dimuat naik video di laman sosial, gadis berkenaan ke negara Republik itu untuk membeli baju raya disebabkan harganya lebih murah berbanding di Malaysia.

Walaupun harga murah, namun segelintir netizen mempersoalkan tambang penerbangan ke Jakarta.

“Bergantung kepada hari tersebut. Saya beli hari tu jumlah keseluruhan untuk dua orang kira-kira RM650,” katanya yang merujuk kepada tiket penerbangan pergi dan balik.

Menggunakan perkhidmatan e-hailing untuk ke sekitar Jakarta.

Gadis itu kemudian mengulas pandangan netizen yang menyifatkan tindakan itu tidak berbaloi kerana segala perbelanjaan di sana seperti menyamai kos pembelian baju raya di sini.

“Tapi pengalaman adalah tidak ternilai,” jawabnya dengan tenang.

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas 35 pasang baju Hello Kitty viral sampai Indonesia, usahawan kosmetik berhabis lebih RM25,000 busana raya kali ini

ARTIKEL BERKAITAN: Layan ‘maid’ macam VIP, bawa shopping baju raya di KLCC... Ramai tawar diri jadi bibik, mengidam bonus RM5,000!

Berkongsi pengalaman sepanjang tiga hari dua malam di Jakarta, antara lokasi membeli-belah yang dikunjungi mereka adalah di Pasar Tanah Abang dan Thamrin City Mall.

“Baju-baju dah siap dipakai dekat Thamrin City ni berharga antara RM50 dan RM100. Macam baju batik visco ni cuma RM50 je,” katanya menerusi video berasingan.

Telekung sulam turut dijual murah di Pasar Tanah Abang.

Di Pasar Tanah Abang pula, dia menyarankan untuk datang awal kerana ia dibuka dari awal pagi dan tutup juga lebih awal.

“Di Tanah Abang, kain-kain sini murah, kira-kira RM6.50 semeter. Jadi, kalau korang nak beli kain lace, boleh beli dekat sini je.

“Selain kain, telekung juga dijual murah di Tanah Abang, harga sekitar RM50. Telekung sulam, cantik,” ujarnya.

Sangat berbaloi membeli-belah sambil travel dan pengalaman yang tidak ternilai.

NETIZEN

Lebih menarik, katanya, terdapat pilihan baju kebaya beraneka corak, warna dan rekaan yang dijual pada harga berpatutan.

“Kebaya dalam RM80 sepasang kat sini,” tambahnya.

Selain membeli-belah, gadis ini turut menikmati makanan tempatan.

Selain membeli-belah, gadis itu turut mengambil kesempatan untuk bersiar-siar di kota Jakarta dengan melawat beberapa tempat yang menjadi tumpuan pelancong.

Antaranya adalah Monumen Nasional atau lebih popular digelar sebagai Monas atau Tugu Monas yang berketinggian 132 meter di tengah Jakarta.

“Hari ketiga memang kami buat persiapan untuk balik ke Kuala Lumpur je. Jadi, memang kami pergi ke Jakarta sebab nak beli baju raya.

“Banyak kain di Tanah Abang dan di Thamrin City pula semua baju yang dah siap, jadi memang kena pergi dua-dua,” katanya lagi.

Gadis ini berkesempatan berkunjung ke Monumen Nasional.

Di ruangan komen, rata-rata netizen teruja dengan perkongsian pengalamannya ke Jakarta semata-mata untuk membeli baju raya yang dijual pada harga lebih murah.

“Sangat berbaloi membeli-belah sambil travel dan pengalaman yang tidak ternilai.

“Semuanya cantik-cantik weh.

“Ye, banyak sangat kebaya lawa kat sana. Beli dengan PS (personal shopper) mahal juga,” komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain