suria

Wanita elegan tak akan guna 3 jenis beg tangan ini! Perunding imej kongsi 5 handbag perlu ada dalam koleksi

Terdapat ciri-ciri beg yang menjadi pilihan wanita elegan.

MENJADI seorang wanita elegan dan mempunyai kelas tersendiri merupakan impian setiap kaun Hawa .

Namun, ada beberapa faktor yang membuatkan penampilan mereka gagal mencapai tahap yang diinginkan.

Perunding imej terkenal di TikTok, Wawa Idris berkongsi mengenai tiga jenis beg tangan yang tidak akan dipakai wanita elegan.

Antara beg yang menjadikan wanita tidak kelihatan elegan.

1. Beg gelembung atau 'puffed Qqilted shoulder bag'

2. Beg kasual 'hand woven'

3. Beg tote

Kata Wawa, ketiga-tiganya merupakan beg biasa yang dipakai oleh wanita yang mahu tampil dengan 'looks' comel termasuklah pelajar di universiti.

Sebaliknya, wanita ini mencadangkan tiga jenis beg tangan yang perlu dimiliki supaya mereka kelihatan lebih elegan.

Beg yang boleh menampakkan seorang wanita elegan jika dipakai.

1. Ladybos bag - beg lebih berstruktur (kemas dan bersegi)

2. Shopper bag - beg klasik lebih praktikal untuk membawa barang

3. Night out bag - beg kasual untuk dibawa keluar bersama pasangan dan kawan

4. Special occasion bag - beg untuk dibawa majlis makan malam

5. Gym beg - untuk dibawa semasa latihan atau senaman

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan