suria

Pakai coli berdawai tingkat risiko kanser payudara? Doktor kongsi mitos dan fakta, penting setiap wanita ambil tahu

Pemilihan bra yang sesuai adalah penting untuk golongan wanita. -Gambar hiasan

PAKAIAN dalam seperti coli merupakan elemen penting bagi golongan wanita sama ada anak gadis mahupun mereka yang sudah berusia kerana fungsinya untuk menyokong payudara.

Jika tersalah pilih, anda bukan sahaja berasa tidak selesa malah akan membuatkan bahagian payudara berasa sakit atau melecet.

Meskipun terdapat pelbagai jenis bra di pasaran, namun kebanyakan wanita gemar menggunakan bra berdawai (underwire) kerana kawat fleksibel tersebut membantu menyokong payudara yang bersaiz besar dari bahagian bawah dan sisi, supaya tidak mudah bergoyang.

Pemilihan bra yang sesuai adalah penting untuk golongan wanita. -Gambar hiasan

Pemilihan bra yang sesuai adalah penting untuk golongan wanita. -Gambar hiasan

Bagaimanapun terdapat individu yang mengaitkan penggunaannya dengan punca berlakunya kanser payudara.

Bagi menjelaskan perkara tersebut, pegawai perubatan, Dr Ahmad Samhan Awang berkongsikan mitos dan fakta berkaitannya.

Mitos:

1. Ketulan di payudara membawa makna seseorang itu menghidap kanser.

2. Memakai bra 'underwire' meningkatkan risiko kanser payudara.

3. Kanser payudara tidak berlaku pada golongan muda.

4. Lelaki tidak boleh menghidap kanser payudara.

5. Kanser payudara hanya berisiko pada wanita yang mempunyai sejarah keluarga yang menghidap penyakit ini.

Intraoperative Radio Therapy (IORT) merupakan salah satu kaedah merawat kanser payudara. -Gambar hiasan

Intraoperative Radio Therapy (IORT) merupakan salah satu kaedah merawat kanser payudara. -Gambar hiasan

Fakta:

1. 80 peratus ketulan di payudara disebabkan oleh perubahan benigna (bukan kanser), kista atau keadaan lain.

2. Institut Kanser Kebangsaan dan ACS telah menafikan dakwaan bahawa mereka yang bukan pemakai bra kurang kerap mendapat kanser payudara.

3. 25 peratus wanita yang menghidap kanser payudara berusia bawah 50 tahun.

4. Setiap tahun dianggarkan lebih kurang 1,700 lelaki akan didiagnosis dengan kanser payudara dan 450 meninggal dunia.

5. 70 peratus wanita yang didiagnosis menghidap kanser payudara tidak mempunyai faktor risiko yang boleh dikenal pasti untuk penyakit tersebut.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain