suria

Baru warnakan rambut ‘ash grey’ tapi dah luntur! Jangan salahkan ‘hair stylist’ kalau anda tak buat 6 langkah ini

Warna ash grey perlu dijaga dengan teliti

WARNA rambut ash grey semakin menjadi kegemaran kebanyakan masyarakat, terutama mereka yang mementingkan penampilan dan gaya terkini.

Sama ada lelaki atau perempuan, warna ini sesuai untuk sesiapa sahaja tanpa mengira peringkat umur.

Malah, individu yang memiliki kulit sawo matang juga sesuai menggayakan warna ini.

Meskipun warna keabu-abuan ini kelihatan ringkas, namun penjagaannya perlu teliti supaya gaya elegen tersebut dapat dikekalkan untuk tempoh yang lama.

Mana tidaknya, kos mewarnakan mengikut kepanjangan rambut dan boleh mencecah sehingga RM1,000.

Warna ash grey menjadi pilihan generasi terkini

Warna ash grey menjadi pilihan generasi terkini

Bagi yang tertanya-tanya cara penjagaannya, boleh cuba beberapa tip daripada pempengaruh media sosial, Azfar Heri yang menggunakan gaya balayage atau teknik pewarnaan rambut yang mengutamakan highlight secara vertikal.

1. Kos penjagaannya agak tinggi kerana anda perlu menggunakan syampu berwarna ungu.

2. Syampu pula perlu jenis melembabkan supaya rambut tidak kering dan kejung.

3. Anda yang ingin menggayakan warna ini perlu rajinkan diri melakukan treatment berkaitan.

4. Paling penting, oleskan minyak rambut sebelum tidur dan selepas bagun pagi.

5. Warna ash grey ini mudah untuk luntur sekiranya anda kerap mencuci dengan syampu, oleh itu sebelum mewarnakannya, dapatkan pandangan daripada pakar atau minta hair stylist gelapkan sikit warnanya.

6. Jangan lupa untuk melakukan penambahan warna dalam tempoh dua atau tiga bulan sekali. Kos dianggarkan adalah lebih RM400.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain