suria

Anak dara runsing haid tak lancar, jejas tahap kesuburan… Amalkan jamu ibu kunyit setiap hari, buat sendiri je!

Air rebusan ditapis terlebih dahulu sebelum disimpan.

PARA wanita sama ada sudah berkahwin atau masih bujang pasti berasa bimbang apabila menstruasi tidak lancar setiap bulan.

Ia berikutan kitaran haid menjadi penentu kepada tahap kesuburan dan kesihatan golongan wanita.

Bagaimanapun bagi yang sudah berkahwin, kelewatan yang berlaku mungkin disebabkan kehamilan.

Selain melakukan pemeriksaan dan mendapatkan rawatan di klinik atau hospital, apa kata anda mencuba rawatan tradisional seperti yang dikongsikan Kak Liza Angio di laman TikTok miliknya.

Ibu berpantang dan menyusukan juga boleh amalkan tetapi digalakkan mengambilnya secara terkawal.

Bahan-bahan yang digunakan untuk ramuan jamu tradisional

Bahan-bahan yang digunakan untuk ramuan jamu tradisional.

Bahan-bahan:

250g halia

50g kunyit hidup

5 batang serai

Sedikit gula kabung

500ml air

Cara penyediaan:

1. Kisarkan semua bahan tadi sehingga halus.

2. Kemudian masak sehingga air mendidih. Lebih kurang 15 minit.

3. Tapis air tersebut supaya mudah untuk diminum.

4. Asingkan di dalam bekas kecil untuk diminum selama lima hari dan simpan dalam peti sejuk, suhu yang antara 0°C hingga 4°C.

5. Sesuai diamalkan selepas datang haid atau minum setiap hari. Berhenti apabila datang haid dan sambung semula selepas habis.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan