suria

Founder, influencer ghairah promo produk mesra wuduk! Penerangan bekas jurutera kimia ‘buka mata’ ramai wanita Muslim

Produk mesra wuduk sewajarnya mudah ditanggalkan agar tidak menghalang air wuduk sampai ke kulit. -Gambar hiasan

KOSMETIK sangat sinonim dengan golongan wanita.

Bagi wanita Muslim, mereka cenderung untuk membeli produk yang halal serta 'mesra wuduk' kerana dua aspek ini amat penting untuk memastikan ibadat solat diterima.

Disebabkan itu, jika kita perhatikan, terdapat banyak produk kosmetik serta penjagaan kulit wajah di pasaran ketika ini dilabel mesra wuduk, bertujuan menarik perhatian wanita Muslim.

Bagaimanapun, situasi ini menarik perhatian seorang bekas jurutera kimia, Sarini Zainal yang menyuarakan kebimbangannya terhadap sikap segelintir pengasas yang ghairah mendakwa produk masing-masing, sebagai contoh, produk pelindung matahari (sunscreen), sebagai mesra wuduk.

ARTIKEL BERKAITAN: Kecewa masih ramai pilih produk tiruan... pengasas kosmetik-penyelidik UTHM tangani isu bahan terlarang timbang kilo

"Keghairahan semua nak claim sunscreen tu 'mesra wuduk' sekarang sangatlah menakutkan.

"Bila baca ingredients pun dah tahu, ini tak larut air ni. Dengan silicone, oil content semua lagi.

"Pesan saya, hati-hati. Kalau tak bersih wuduk orang, anda yang menanggungnya tau," tulisnya dalam satu ciapan.

Sarini dalam pada itu menerangkan, dalam penghasilan produk pelindung sinaran matahari mesra wuduk (easy wash), terdapat dua bahagian penting yang perlu diberi perhatian.

Bahagian pertama adalah ia sememangnya dihasilkan untuk tujuan mesra wuduk, bermakna dari awal proses, bahan-bahan yang digunakan adalah larut air dan melibatkan teknologi tertentu jika perlu.

Try using white tea, especially green tea. Their main asset is reducing the secretion of sebum, which, in excess, is precisely one of the causes of acne. -- Photos: 123rf.com

Semakin banyak produk kosmetik di pasaran yang didakwa 'over-claim'. -Gambar hiasan

Bahagian kedua pula adalah ujian pengguna.

"First part in formulation adalah paling penting. Sebab apa, ia boleh dimanipulasi oleh banyak faktor. Nak buat suka-suka di rumah tu okay tapi tetap kena tengok production claim dan what happened in lab.

"Kebelakangan ini sunscreen water resistant pun kata mesra wuduk. Especially jenama China. Mereka punya market bukan 'mesra wuduk' dan mostly untuk kekal lebih lama atas kulit.

"Tiba-tiba datang influencer kata 'bestnya dah ada sunscreen mesra wuduk'. Buka paid ads sampai 100k views. Bayangkan betapa mengecewakan semua ni," tulisnya yang juga pengasas sebuah jenama penjagaan kulit.

Sebagai maklumat tambahan, menerusi penerangan di laman Mufti Wilayah Persekutuan, kosmetik atau produk mesra wuduk memiliki dua ciri berikut iaitu:

1) Produk kosmetik yang mudah ditanggalkan agar tidak menghalang air wuduk sampai ke kulit.

2) Produk kosmetik yang telap air yakni tidak menghalang air wuduk sampai ke kulit, seperti minyak zaitun dan warna inai.

"Secara ringkas, kami tegaskan haram berdandan dengan tujuan menunjukkan kecantikan kepada lelaki asing, menggunakan bahan yang bernajis, atau berbahaya untuk kesihatan, tanpa kebenaran suami, dan mengubah ciptaan Allah.

"Ada pun jika berdandan untuk suami, menggunakan bahan yang suci, tidak berbahaya, dan tidak mengubah ciptaan Allah, maka hukumnya harus," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan