suria

Kaki melecet jangan marah kasut, mungkin anda salah pilih saiz! Ini teknik betul nak ukur kaki

Ukuran kaki yang betul penting sebelum memilih kasut yang selesa. -Gambar hiasan Freepik (kanan)

SAMA ada anda sedang mencari kasut sukan berprestasi tinggi atau untuk tujuan kasual dipakai setiap hari, adalah penting untuk memilih yang benar-benar selesa dan sesuai.

Kesilapan dalam pemilihan kasut akan menyebabkan kaki si pemakai tidak selesa, sakit atau melecet.

Situasi ini berlaku disebabkan pelbagai faktor, antaranya material kasut itu sendiri.

ARTIKEL BERKAITAN: Beli baju online saiz tak kena dengan badan? Mungkin silap cara ukur, ini teknik betul ambil ukuran

Namun tahukah anda, situasi ini juga mungkin berpunca daripada cara mengukur saiz kasut yang tidak tepat?

Jangan 'agak-agak' saja ya! Sudahlah duit melayang beli kasut, kaki pula sakit dan melecet. Rugi bukan?

ONE WAY TO TREAT A BLISTER: Before you try to drain a blister, consider just leaving it alone and avoiding the risk of infection, say experts. You can cut a hole in a piece of moleskin -- the hole is to accommodate the blister -- place it over the blister, then cover it with gauze. MANDATORY CREDIT: Photo by Ken Lubas/Los Angeles Times  *** Local Caption *** Unlike this blister on the foot, blisters that erupt in the genitals may be a symptom of infection by the herpes simplex virus.

Kaki cenderung untuk melecet sekiranya saiz kasut tidak tepat. -Gambar hiasan

Jadi, bagaimana caranya untuk memilih saiz kasut yang betul?

Jom baca tip sebagaimana yang dikongsikan di laman Nike.com ini:

1) Guna alat pengukur atau kertas dan pensel untuk mengukur panjang kaki anda. Pastikan kaki diletakkan rata pada permukaan kertas atau lantai semasa mengukur. Jangan menunduk, anda boleh minta bantuan orang lain untuk mendapatkan ukuran yang tepat.

2) Sebelum mengukur, sarung sepasang stoking yang anda sering pakai bersama kasut.

3) Tandai bermula hujung ibu jari kaki dan bahagian hujung tumit. Ukuran ini mewakili panjang kaki anda.

NEW YORK CITY - JANUARY 05: People shop at a retail shoe store in Manhattan on January 05, 2024 in New York City. As the American economy continues to outperform expectations, the December jobs report showed that employers added 216,000 positions for the month as the unemployment rate held at 3.7%   Spencer Platt/Getty Images/AFP (Photo by SPENCER PLATT / GETTY IMAGES NORTH AMERICA / Getty Images via AFP)

Memilih saiz kasut yang betul bukan sahaja mengelakkan kaki sakit, tapi memastikan 'pelaburan' anda berbaloi. -Gambar hiasan

4) Sebaiknya ukur kaki anda pada waktu petang. Disebabkan aktiviti harian, saiz kaki mungkin akan sedikit berkembang sepanjang hari. Oleh itu, waktu petang sangat sesuai untuk mengambil ukuran kaki.

5) Untuk ukuran yang paling tepat, pertimbangkan untuk menggunakan pembaris dengan unit sentimeter, bukannya inci.

6) Jika ada dua saiz yang berbeza, ambil ukuran kaki yang lebih besar.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain