suria

Sebelum berfesyen, semak dulu jenis tona urat... Baru dapat warna pakaian serasi dengan diri

Tona urat juga memainkan peranan penting dalam peragaan fesyen. -Gambar hiasan

SETIAP individu mempunyai warna pilihan yang tersendiri dalam menggayakan pakaian harian.

Pelbagai faktor wajar diambil kira antaranya jenis acara yang dihadiri serta keadaan cuaca pada ketika itu.

Namun satu perkara penting yang ramai terlepas pandang adalah tona urat pada permukaan badan seperti pergelangan tangan dan leher.

Tona urat sekiranya digandingkan dengan warna baju yang bersesuaian akan menjadikan seseorang itu lebih menyerlah.

Bagi mengenal pasti tona urat anda, letakkan pergelangan tangan di bawah sinaran matahari dan tepuk beberapa kali untuk memperbanyakkan aliran darah supaya dapat dilihat dengan lebih jelas.

Tona urat adalah unik mengikut individu. -Gambar hiasan

Berikut merupakan tona urat anda mengikut kategori:

1) Tona urat biru atau ungu - nada sejuk

2) Tona urat hijau atau zaitun - nada hangat

3) Tona urat biru atau hijau - nada neutral

Kini ayuh kita lihat satu-persatu saranan warna baju yang serasi untuk tona urat masing-masing.

1) Tona urat nada sejuk - warna baju ungu, merah bata dan nude

2) Tona urat nada hangat - warna baju gincu dan oren

3) Tona urat nada neutral - warna baju merah dan oren

Selamat mencuba dan semoga bermanfaat!

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain