suria

Ringkas dan selesa... Wanita nampak ‘auto’ muda jika ikut 3 saranan fesyen ini!

Pemilihan fesyen yang tepat boleh membantu anda kelihatan muda. -Gambar hiasan

BERSEDIA atau tidak, setiap orang akan melalui hari tua apabila tiba masanya.

Namun, adakah anda mahu tua seiring usia atau mengekalkan jiwa muda yang ada dalam diri?

Bagi individu lewat 30-an atau baru memasuki fasa 40-an, mereka pastinya sukar menerima perubahan itu.

Malah, kadang-kala mereka juga risau sekiranya tanpa sedar telah berperwatakan dan berpenampilan seperti orang tua.

Kali ini, mStar akan berkongsi tiga tip fesyen bagi menampakkan anda awet muda dan tampil lebih segar.

A tailor, Mohammad Sharil Jaapar, 35 altering a  customer's jeans at his shop in Bandar Baru Uda, Johor Baru. He has been a tailor since 17 years old. After he finished high school, he learned his craft from a tailor at his hometown in Kluang, Johor. Apart from being a source of income for him, tailoring has become his passion. His tailor shop operates from 11 am to 7 pm. The charge for alteration and repair service range from RM8 to RM30, depending on the type of alteration and repair. Back in the days, tailoring were considered as a women's job. However, nowadays more men are interested in this field. — NUR AISYAH MAZALAN/The Star

Jeans membuatkan sang pemakai kelihatan lebih energetik awet muda. -Gambar hiasan

1. Warna terang

Pilih pakaian dengan warna terang, cukup gunakan dengan salah satu item sahaja.

Contohnya jika anda memakai baju berwarna kuning atau merah, seluar pula pilihlah warna yang neutral.

2. Jeans

Seluar jeans merupakan item fesyen yang tak pernah lapuk dek zaman.

Jeans akan membantu membuatkan penampilan anda kelihatan lebih segar, muda dan bertenaga.

Sifat jeans yang sentiasa malar segar juga akan menampakkan anda mempunyai jiwa muda.

Customers seen checking out the variety of second-hand shoes available at Khairulnizam Haron's shop. — THOMAS YONG/The Star

Pemilihan kasut sangat penting untuk melengkapkan gaya seseorang. -Gambar hiasan

3. Kasut yang sesuai

Pemakaian sneakers dan kasut tumit tinggi boleh membuatkan anda kelihatan awet muda.

Untuk sneakers, pilihlah rekaan sederhana dan tidak sarat dengan terlalu banyak warna.

Untuk kasut tumit tinggi pula, pilih yang sederhana dan tidak terlalu tinggi.

Selain elemen luaran yang disebutkan di atas, anda juga harus mengamalkan gaya hidup sihat dan menjaga pemakanan.

Dua perkara ini merupakan elemen paling penting untuk menjamin kesihatan, sekali gus membuatkan anda kelihatan lebih muda daripada usia.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain