RAWATAN untuk mendapatkan kaki yang lembut dan bebas rekahan mungkin lebih mudah daripada yang anda fikirkan. Dengan hanya menggunakan bahan-bahan mudah yang terdapat di rumah, kaki anda mungkin akan bertukar menjadi lebih mulus dan lembut seawal proses rawatan pertama. 1. Ubat gigi sebagai pembersih Mula-mula, ambil satu sudu besar ubat gigi dan letakkan ke dalam bekas. Ubat gigi mempunyai sifat pembersih, ia berkesan untuk menghapuskan kotoran dan bakteria yang melekat pada kaki anda. 2. Gula singkir sel kulit mati Seterusnya, tambahkan satu sudu besar gula ke dalam ubat gigi. Gula yang bertekstur kasar akan bertindak sebagai ejen pengelupasan semula jadi, membantu menyingkirkan sel-sel kulit mati dan merangsang pertumbuhan sel baharu, menjadikan kulit kaki lebih segar dan lembut. Petua mudah ini hanya memerlukan tiga bahan iaitu minyak zaitun, gula dan ubat gigi. -Gambar hiasan 3. Lembabkan kulit dengan minyak zaitun Kemudian, masukkan satu sudu besar minyak zaitun ke dalam campuran ubat gigi dan gula. Minyak zaitun yang kaya dengan kelembapan ini akan menyuburkan kulit kaki anda secara mendalam, mengembalikan kelembutan dan keanjalan yang hilang. 4. Cara rawatan Setelah campuran siap, sapukan secara perlahan-lahan pada bahagian kaki yang terjejas dengan memberi tumpuan pada kawasan yang paling kering dan pecah. Untuk memastikan bahan-bahan ini meresap dengan baik ke dalam kulit, bungkus kaki anda dengan aluminium foil. Kaedah ini akan membantu bahan-bahan menyerap dengan lebih mendalam, sekali gus memastikan keberkesanan rawatan. Biarkan balutan aluminium foil selama kira-kira 20 minit. Setelah itu, tanggalkan aluminium foil dan lap sisa campuran dengan tuala lembab. Dari aplikasi pertama, anda akan mula melihat perubahan ketara pada kaki anda. Kulit akan menjadi lebih lembut, lembab, dan bebas dari rekahan serta kekeringan. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube