suria

Kerap pakai mekap punca kulit wajah ‘breakout’? Jangan abaikan rutin ini ketika cuci muka

Penjagaan kulit yang rapi penting ketika musim perayaan ini. -Gambar hiasan

MEMBERSIHKAN solekan dengan betul adalah langkah penting untuk menjaga kesihatan kulit wajah, terutamanya ketika musim perayaan.

Jika dilakukan secara sembarangan, sisa solekan dan kotoran boleh menyumbat pori-pori sekali gus menyebabkan masalah jerawat.

Sekiranya anda mahu mengekalkan kulit wajah yang sihat dan berseri sepanjang Aidilfitri ini, boleh ikuti tip ini:

Sekiranya tidak dijaga, dikhuatiri akan menjejaskan kesihatan kulit.

1. Cuci tangan terlebih dahulu

Pastikan tangan bersih dengan mencucinya sebelum menyentuh kulit muka atau menanggalkan solekan.

Ini membantu mengelakkan perpindahan bakteria dan kotoran yang boleh mencemarkan kulit.

2. Pilih makeup remover yang sesuai

Gunakan produk pembersih solekan untuk menanggalkan solekan tanpa mengeringkan kulit. 

Micellar water sesuai untuk kulit sensitif, manakala minyak pembersih atau cleansing oil lebih berkesan untuk solekan tebal.

3. Guna micellar water

Basahkan kapas, lalu lap perlahan ke seluruh wajah termasuk kawasan yang sukar dibersihkan seperti garis rambut, kelopak mata, dan rahang.

Bilas jika perlu atau biarkan jika kulit sudah terasa bersih.

4. Guna cleansing oil atau balm

Sapukan pada muka kering, urut perlahan selama seminit, lalu bilas dengan air suam untuk membersihkan pori dengan lebih berkesan.

5. Bersihkan solekan pada mata dan bibir

Basahkan kapas menggunakan makeup remover kemudian tepekkan pada bahagian mata dan bibir, lalu biarkan selama 15-20 saat sebelum mengusap ia secara perlahan.

Gunakan pembersih khusus untuk produk kalis air, dan elakkan produk berminyak jika memakai eyelash extension.

6. Lakukan double cleansing

Setelah solekan ditanggalkan, bersihkan kulit dengan dengan pencuci muka yang sesuai untuk memastikan kulit benar-benar bersih.

Urut wajah selama 60 saat, lalu bilas dengan air suam.

7.  Aplikasikan rutin penjagaan kulit harian

Setelah wajah bersih, sapukan toner atau essence untuk mengembalikan kelembapan. 

Kemudian proses diteruskan dengan rutin penjagaan kulit lain dan diakhiri dengan pelembap.

Artikel Lain