TIDAK dinafikan kebanyakan wanita berbangsa Cina kelihatan lebih muda daripada usia.
Maka tidak hairanlah apabila ada yang cuba mengikut gaya hidup dan amalan yang dilakukan mereka.
Bagi yang tertanya-tanya apa rahsia 'awet muda', ini penjelasan dan tip daripada pelayar TikTok, Ms Kiek yang juga pakar nutrisi.
Menurutnya, bangsa Cina kurang minum dan makan hidangan manis.
"Kalau keluar dengan rakan-rakan, kebiasaannya, kawan berbangsa Melayu akan memesan minuman manis seperti air jagung, teh tarik, teh ais, teh o ais.
Makanan viral kebanyakannya dilimpahi gula, coklat dan susu berlebihan. -Gambar hiasan
"Bangsa Cina pula jarang memesan air dan kalau order pun, air kosong ataupun limau ais dan minum air botol apabila balik pejabat.
"Menu air yang diminum bangsa Melayu sangat menarik tetapi tahap manis 'potong kaki'," jelasnya.
Pada masa sama, dia turut berkongsi kajian nutrisi sebuah jurnal - 'Nutrition And Aging Skin: Sugar And Glycation'.
"Gula boleh menyebabkan glycation yang mana ia akan merosakkan kolagen dan elastin sel kulit.
"Seterusnya ia juga boleh menyebabkan kulit kusam, kelihatan lebih tua, berminyak, pori tersumbat serta kulit kering," tambahnya.
Dalam pada itu, Ms Kiek mengajak masyarakat khususnya pengikut laman TikTok untuk mengurangkan pengambilan gula dalam diet harian.