PELBAGAI produk pemutihan khusus untuk kawasan pelipat dijual dalam pasaran masa kini.
Bagaimanapun, kesannya tidak kekal seperti yang diinginkan.
Bagi anda yang masih mencari-cari cara terbaik untuk mencerahkan kulit di bahagian pelipat seperti ketiak, bolehlah mencuba tip yang dikongsikan Nik Karomi di laman TikTok.
Bukan sahaja mencerahkan, petua daripada ibu mentuanya itu membantu menghilangkan bulu ketiak.
Paling menarik, tiada lagi bau kepam dan perubahan yang dialami lebih berpanjangan serta menjimatkan.
Bahan-bahan:
Kapur sirih
Tuala bersih
Cara penggunaan:
1. Bersihkan ketiak dengan sabun terlebih dahulu dan dilap kering.
2. Kemudian oles nipis kapur sirih dan biarkan selama 30 minit.
3. Ambil kain bersih yang telah dicelup air suam untuk mencuci kesan kapur pada ketiak.
4. Lakukan dua kali seminggu untuk dapatkan kesan maksima.