SAMA ada bertaraf T20 mahupun B40, kebanyakan pembeli rumah akan mendapatkan pinjaman kewangan daripada institusi perbankan bagi merealisasikan impian memiliki hartanah sendiri. Meskipun berkeupayaan memiliki, namun ramai peminjam sering terbeban dengan ansuran bulanan disebabkan faedah yang dikenakan adalah tinggi dan kadarnya berubah-ubah. Situasi lebih meruncing apabila baki pembiayaan seolah-olah tidak berkurangan meskipun bayaran bulanan telah lama dibuat mengikut jadual ditetapkan. Anda yang berdepan situasi ini boleh cuba mengamalkan tip kewangan daripada Faizal Rahmat. Dia berjaya melangsaikan pinjaman perumahan dalam tempoh 12 tahun berbanding perjanjian asal selama 25 tahun. Bukan sahaja dapat melangsaikan hutang sebelum usia meningkat, malah tempoh pembiayaan juga dapat disingkatkan. 1. Bayaran bulanan lebih Setiap bulan Faizal akan bayar ekstra RM100 hingga RM150 kepada bank. Tapi, jika bulan tu tiada lebihan, dia akan bayar ikut jumlah yang ditetapkan sahaja supaya tidak berasa tertekan. Tempoh pinjaman perumahan dapat disingkatkan dengan beberapa cara. -Gambar hiasan 2. Lebihkan bayaran tahunan Syarikat dia bekerja dahulu sering bagi bonus tahunan. Jadi, duit bonus itulah yang digunakan untuk lebihkan bayaran bulanan kepada bank. Kebiasaannya, peminjam akan buat bayaran untuk tempoh 12 bulan sahaja, tapi dia pastikan yang bayaran dibuat adalah melebihi 13 hingga 14 bulan. Bayar lebih, cepatlah habis! 3. Gunakan duit KWSP Tip ini paling banyak membantu. Faizal akan keluarkan duit KWSP dari Akaun 2 untuk mengurangkan baki pembiayaan. Apabila berjaya keluarkan, dia terus nyatakan kepada pihak bank bahawa duit tersebut untuk bayar prinsipal. Kaedah bayaran prinsipal ini akan menguntungkan peminjam. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube