HIDANGAN pencuci mulut wajib ada selepas menikmati juadah utama. Kali ini hidangan Agar-Agar Milo Lapis Oreo pasti akan buat anda terliur terutama bagi penggemar minuman malt bercoklat dan biskut Oreo. Lagi layan bila dapat menikmati Agar-Agar Milo Lapis Oreo selepas selesai berbuka puasa dengan makanan berat. Resipi ini direka khas oleh Roz HomeKreation. Bahan-bahan: 1 bungkus / 10g Jelly Powder (Serbuk Agar-Agar) 750ml Air 160g Gula 1 tin (400g) Susu Cair 3/4 cawan Serbuk Milo 1 bungkus (137g) Oreo Cookies - patah-patahkan tetapi biarkan sandwich 2 lapis Cara-cara: Masak serbuk agar-agar dan air sehingga larut. Masukkan gula dan masak sehingga gula larut. Masukkan susu dan kacau sebati sehingga mendidih. Asingkan 2 cawan ke dalam periuk yg lain & campurkan milo sehingga sebati. Tuangkan 1 cawan campuran milo ke dalam acuan. Panaskan campuran milo yang separuh lagi dengan api paling kecil supaya tidak membeku. Apabila permukaannya mengeras sedikit, tuangkan kesemua adunan putih tadi. Taburkan biskut oreo. Apabila permukaannya mengeras sedikit, tuangkan baki adunan milo tadi. Biarkan membeku di suhu bilik sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk.