suria

Nak lebih sihat, kerabu kacang kelisa pilihan utama menu berkhasiat anda

Kerabu kacang kelisa yang berkhasiat. Foto: Buku Gastronom Warisan II

KERABU sayur-sayuran sangat berkhasiat. Alang-alang nak sihat sepanjang berpuasa ini, bolehlah kita amalkan pemakanan yang sihat seperti kerabu kacang kelisa ikan kembung. 

Resipi kerabu kacang kelisa ikan kembung yang dihasilkan sendiri oleh Dr Ahmad Esa Abdul Rahman menerusi 'Buku Gastronom Warisan' sedikit sebanyak boleh membantu badan kita sentiasa cergas dan aktif sepanjang masa dengan menu yang berkhasiat.

Bahan-Bahan:

300 gram kacang kelisa

Dua ekor ikan kembung

1/2 kuntum bunga kantan

70 gram bawang kecil

1 biji cili merah

1 cawan santan pekat

1/2 sdt lada hitam

Garam secukup rasa

Cara-caranya:

Lumur ikan yang telah disiang bersih dengan garam dan goreng sehingga garing. Kemudian, asingkan isi ikan dari tulang dan tumbuk sehingga lumat.

Ketepikan ikan dan tumbuk lada hitam sehingga lumat

Basuh bersih kacang kelisa, toskan dan hiris sederhana nipis. Manakala, bawang kecil, bunga kantan dan cili merah dihiris nipis.

Satukan semua bahan yang telah dihiris kecuali cili merah ke dalam mangkuk dan gaul sehingga sebati.

Sedia untuk hidangan.

Tuang santan, taburkan lada hitam, perasakan dengan garam secukupnya dan gaul rata. Taburkan cili merah dan gaul sekali lagi.

Artikel Lain