KATANYA hidanganya begitu popular di daerah Kuala Perlis, negeri Indera Kayangan. Nama Rendang Sampah jadi pilihan kerana kata penyedia menu ini, Wan Hanim Mohamed Noor kononnya terdapat banyak 'sampah' yang dihasilkan daripada hirisan hirisan serai dan bawang yang dimasukkan di dalamnya. Ini baha-bahan untuk menyediakan Rendang Sampah; 5 keping isi ikan (ikut pilihan sendiri) 6 biji cili api (dibelah tengah tapi jangan sampai putus) 1 1/2 cawan santan 1/4 cawan air 1-2 sudu besar cuka ( ikut paras kemasaman yang di gemari) 3 ulas bawang putih dihiris 5 ulas bawang merah dihiris 4 batang serai dihiris nipis 1/4 inci halia dihiris nipis dipotong halus 1 biji tomato di belah enam 1 biji bawang besar di hiris besar 10 biji kacang bendi 2 helai daun limau purut (jika mahu) * Serbuk kunyit, garam dan gula secukup rasa * Jika ada yang pantang memakan cuka boleh ditukarkan dengan dua ke tiga keping asam keping. Bahan-bahan untuk menyediakan Rendang Sampah. Cara menyediakan dan memasak: Bersihkan ikan dan digaul dengan garam serta serbuk kunyit dan digoreng dulu. Ketepikan dan biar sejuk. Masukkan 3 sudu besar minyak masak ke dalam periuk dan panaskan. Bila minyak panas masukkan serai yang di hiris nipis dan goreng. Bila 3/4 garing masukkan hirisan halia, bawang putih dan bawang merah. Bila sudah wangi masukkan cili api dan goreng sebentar sebelum masukkan air. Bila air mendidih masukkan kacang bendi. Bendi cepat masak ya jadi lepas tiga minit masukkan santan serta serbuk kunyit. Kacau selalu jangan biarkan pecah minyak. Masukkan cuka atau asam keping serta perasakan. Masukkan ikan goreng bersama hirisan bawang besar serta tomato, daun limau purut (jika mahu). Biarkan seketika dan rasa itu citarasa masing-masing. Apabila mendidih padam api dan siap untuk dihidangkan.