BUAH-buahan tempatan seperti durian, tiba musimnya pasti ramai yang sanggup beratur untuk dapatkan sebiji buah. Bukan itu sahaja, ada juga yang cuba pelbagai resipi berkait dengan raja segala buah ini. Salah satunya adalah Cekodok Durian yang sudah tentu ranggup dimakan ketika panas. Jom kita cuba buat cekodok durian! Bahan-bahan: 120 gram tepung penaik 1 sudu besar tepung beras 1 sudu kecil garam 100 ml santan pekat 225 gram durian 40 gram gula Cara memasak: Untuk bahan adunan, pertama sekali masukkan tepung penaik, tepung beras dan garam. Gaul hingga sebati. Kemudian masukkan santan, durian dan gula. Gunakan minyak yang secukupnya untuk menggoreng dengan api sederhana. Gunakan sudu ais krim untuk membentuk adunan seterusnya masukkan ke dalam minyak panas. Gorengkan ia sedikit demi sedikit dalam berkelompok supaya kuali tidak terlalu penuh. Goreng sehingga bertukar warna keemasan. Angkat dan siap dihidangkan. Untuk tambahan, gunakan lidi untuk mencucuk cekodok durian supaya ia lebih cepat sejuk. Kredit: Amy Beh via Kuali.com