MENETAP di Kuala Perlis membolehkan penyumbang resipi ini, Wan Hamim Mohamed Noor mudah mendapatkan bekalan udang lipan. Lebih-lebih lagi sumber hidupan laut ini digemari ramai di negeri Indera Kayangan itu, sekali gus terhasillah menu mudah tapi mengancam air tangan guru Bahasa Inggeris ini, Nasi Goreng Udang Lipan. Bahan-bahan: 3 mangkuk nasi putih (semasa memasak kurangkan air sikit) 5 tangkai daun kucai (dipotong kecil) 5 - 6 ekor udang lipan rebus/kukus (bilangannya mengikut citarasa masing-masing) 1 sudu besar sos ikan 1 sudu besar sos tiram 1 sudu besar kicap manis/biasa 3 sudu besar minyak masak 1/4 sudu teh serbuk lada putih Garam dan gula secukup rasa 2 biji telur ayam Bahan kisar atau tumbuk 10 biji cili padi 6 ulas bawang putih 2 sentimeter belacan Cara menyediakan dan memasak: Panaskan minyak dan masukkan bahan yang ditumbuk tadi sehingga naik bau. Kemudian, masukkan sos tiram. Bila sudah wangi masukkan udang lipan. Gunakan yang api besar, masukkan telur ayam, kacau sedikit. Seterusnya masukkan separuh nasi ke dalam bahan tadi dan kacau hingga rata. Masukkan pula kicap sotong dan kicap manis/biasa serta lada putih secukup rasa bersama kucai dan kacau lagi. Akhir sekali masukkan baki nasi dan kacau sebati serta perasakan. Siap untuk dihidangkan!