SERAT adalah khasiat yang banyak terkandung dalam buah avocado.
Ia adalah sejenis bahan tumbuhan yang tidak dicerna di dalam usus dan boleh membantu menurunkan berat badan.
ARTIKEL BERKAITAN: Gulai lemak ikan tenggiri dicampur pucuk ubi kayu memang terangkat!
Jadi apa kata kita lebih kerap makan buah avocado, mengurangkan kadar pengambilan kalori sebagai langkah mudah mengikut jadual diet.
Di sini mStar kongsikan resepi Smoothie Avokado untuk anda.
Buah avokado bukan sahaja banyak khasiat tetapi enak dibuat smoothie.
Bahan-bahannya:
1/2 biji Avokado
1 cawan nenas di potong dadu
1 cawan daun kubis atau bayam
200ml susu rendah lemak
Beberapa ketul ais
Cara membuatnya:
Kisar semua bahan dan ia boleh terus diminum semasa fresh. Anggaran kalori ialah 400kcl sahaja.