AHAD ini masyarakat India akan menyambut Deepavali dan pastinya ramai yang ternanti-nanti untuk berkunjung ke rumah kenalan bagi sama-sama meraikan perayaan itu. Sudah tentu, tumpuan utama nanti adalah makanan istimewa termasuklah hidangan wajib iaitu muruku. Apa kata tahun ini anda cuba sendiri buat muruku dan dibawa sebagai hadiah kepada rakan-rakan beragama Hindu. Muruku bukan sahaja makanan tradisi masyarakat India tetapi kegemaran rakyat Malaysia. Bahan-bahannya: (Bahan untuk ditumbuk kasar) 1/2 sudu makan jintan manis 1/2 sudu makan biji carom (adunan doh) 600g tepung beras 200g tepung urad dhal 100g mentega 3 sudu makan biji bijan putih 3 sudu makan garam Air panas secukupnya Muruku perlu digoreng dalam minyak yang banyak tetapi api sederhana sehingga keemasan. Cara-cara membuatnya: Campurkan jintan manis, biji carom, tepung beras, tepung urad dhal, mentega, biji bijan dan garam dalam sebuah bekas dan gaulkan. Didihkan 1 liter air (anggaran) dan campurkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan dan gaul menggunakan sudip kayu. Setelah doh sejuk, gunakan tangan untuk menguli, tambah air jika perlu sehingga doh menjadi tebal serta tidak basah dan melekit. Bentukkan muruku menggunakan acuan muruku sebelum digoreng dalam minyak dengan api sederhana sehingga ia keemasan. Selepas diangkat, biarkan ia sejuk terlebih dahulu sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.