suria

Pernah makan ketupat nasi goreng? Kalau belum, jom cuba resepi simple dan sedap ini

Ketupat nasi goreng cukup enak.

AIDILFITRI mungkin sudah berlalu, tapi sekiranya masih ada ketupat nasi segera yang masih boleh dimasak apa kata cuba resepi baharu ini sebagai kelainan.

Ketupat nasi goreng bukan sahaja enak tetapi penyediaannya juga cukup ringkas.

ARTIKEL BERKAITAN: Buat apa ke Macau kalau boleh buat sendiri Portugese Egg Tart di rumah!

Bahan-bahannya:

4 sudu makan minyak sayuran

500g ketupat nasi, dipotong

3 ulas bawang putih, dicincang halus

2 sudu makan cili kisar atau sambal belacan

1 sudu makan kicap pekat

Garam dan lada sulah secukup rasa

2-3 biji telur

200g taugeh

100g daun kuchai



Ringkas dan sedap.

Cara-caranya:

Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan ketupat nasi dan goreng selama beberapa minit sehingga keemasan. Tambah bawang putih dan goreng seketika.

Maukkan cili kisar atau sambal belacan. Curah sedikit air. Tambah kicap pekat, garam dan lada sulah. Gaul rata.

Ketepikan ketupat ke bahagian tepi kuali. Pecahkan telur dan biarkan ia masak seketika sebelum gaul rata bersama ketupat.

Akhir sekali, tambahkan taugeh dan kuchai. Gaul rata dan sedia dihidangkan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain