suria

Telan air liur tengok ikan siakap bakar... apa kata buat sendiri lagi sedap!

Ikan siakap bakar dengan rempah istimewa.

SERINGKALI kita menelan air liur apabila melihat hidangan ikan siakap bakar, ditambah pula dengan semerbak bau rempah yang digunakan ketika kelapangan makan di luar.

Sekali sekali bolehlah berbelanja makan diluar memandangkan harga seeoor ikan siakap bakar yang saiznya sederhana boleh mencecah RM40 ke RM50.

Itu kalau makan berdua, sebaliknya jika keluarga yang besar bayangkan berapa wang yang perlu dikeluarkan. Jadi tidak perlu membazir kerana anda sendiri boleh siapkan ikan siakap bakar di rumah dengan resepi yang lebih sedap.

ARTIKEL BERKAITAN: Pernah makan ketupat nasi goreng? Kalau belum, jom cuba resepi simple dan sedap ini

Selain jimat, anda dan sesi keluarga pastinya puas makan.



Ikan siakap diperap selama 15 minit sebelum dibakar.

Bahan-bahan:

Ikan siakap (dibersihkan dan dikelar)

1 helai daun kunyit (hiris halus)

2 helai daun limau (hiris halus)

(dikisar)

3 ulas bawang merah

2 ulas bawa putih

Halia

Lengkuas

3 kelopak bungan kantan (ikut cita rasa)

10 tangkai cili kering (ikut tahap kepedasan sendiri)

1 sudu besar rempah kari ikan

1 sudu besar kicap pekat

3 sudu bedar air asam jawa

Sedikit belacan (dibakar)

Cara-cara membuatnya:

1. Panaskan minyak

2.Tumuskan bahan-bahan yang telah dikisar sampai pecah minyak.

3. Masukkan garam sekucup rasa

4. Tutup api.

5. Sedia kertas foil atau boleh juga guna daun pisang.

6. Letakkan ikan siakap di atas kertas foil dan tuang kuah yang sudah ditumis.

7.Balut ikan siakap dan perap selama 15 minit.

8. Masukkan dalam ketuhar selama 30 minit.

(Kalau lebih suka kering, selepas 30 minit buka pembalut ikan siapkap itu dan bakar lagi selama 10-15 minit)

Hidangan siap! Jangan lupa perahkans edikit limau kasturi sebelum menjamu selera.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain