suria

Cara buat lemang kukus mudah dan sedap... Lepas ni hari-hari boleh ‘feel’ macam Hari Raya

Lemang dibalut dengan daun pisang dan dikukus.

MEMANG kelam kabut kalau makanan tiba-tiba habis ketika tetamu masih berpusu-pusu datang ke rumah.

Sudahlah sukar untuk keluar meninggalkan majlis bagi membeli bahan mentah, nak memasak dan menyediakan keperluan pula mengambil masa yang lama. 

Anda yang bimbang berhadapan situasi sama bolehlah membuat sendiri lemang dengan cara mudah seperti yang diajar pelayar Facebook, Hairul Hamid. 

Bahan-bahan:

4 cawan beras pulut

2 biji kelapa untuk santan

1 helai daun pandan 

1 helai daun pisang

Garam secukup rasa

Pulut dibiarkan sejukterlebih dahulu sebelum dibungkus dengan daun pisang.

Pulut dibiarkan sejuk  terlebih dahulu sebelum dibungkus dengan daun pisang.

Cara memasak:

1. Rendam beras pulut selama 2 jam

2. Kukuskan beras pulut bersama santan, sedikit garam dan daun pandan.

3. Nak kukus sampai masak atau separuh masak pun boleh.

4. Biarkan pulut sejuk sekejap dan boleh balut dengan daun pisang.

5. Dah siap balut bolehlah kukus sekali lagi selama 15 minit atau 20 minit.

Artikel Lain