suria

Stok asyik 'sold out' menjelang raya, ini cara mudah buat nasi impit... Guna dua bahan dah jadi!

Resipi ini adalah alternatif terbaik untuk menikmati nasi impit yang berkualiti. FOTO: Wan Ros Ina Lina

SETIAP kali musim perayaan, nasi impit sering menjadi pilihan ramai sehingga cepat kehabisan stok di pasaran. 

Mana tidaknya, ia adalah hidangan wajib yang boleh dinikmati dengan pelbagai jenis lauk seperti kuah lodeh, kuah kacang, rendang dan serunding.

Jika anda masih sukar untuk mendapatkannya, apa kata cuba buat sendiri dirumah dengan menggunakan resipi yang dikongsi oleh Wan Ros Ina Lina.

Kaedah ini menggunakan periuk bertekanan tinggi atau 'pressure cooker', tetapi periuk nasi biasa juga mampu memperoleh hasil yang hampir sama.

Resipi ini adalah alternatif terbaik untuk menikmati nasi impit yang berkualiti di samping mengelakkan risiko kesihatan daripada penggunaan plastik pembungkus khas.

Berikut adalah resipi dan cara penyediaannya:

Bahan-bahan diperlukan:

1 cawan beras biasa (bukan basmathi)

3 cawan air

Gunakan periuk non stick untuk dapatkan hasil terbaik. FOTO: Wan Ros Ina Lina

Cara penyediaan:

1. Basuh beras sehingga bersih.

2. Masukkan air dengan nisbah beras dan air ialah 1:3.

3. Masukkan ke dalam periuk bertekanan tinggi atau pressure cooker.

4. Tekan butang congee /soup dan tunggu nasi impit masak.

5. Beberapa minit setelah dimasak, buka penutup 'pressure cooker'.

6. Angkat periuk dan tekan-tekan nasi impit sehingga padat dan kemas menggunakan senduk kayu.

7. Biarkan sejuk kemudian terbalikkan ia ke dalam ke bekas lain.

Tip tambahan:

1. Jangan guna periuk keluli, masak nasi dalam periuk non stick supaya mudah untuk terbalikkan nasi impit.

2. Apabila sudah masak, jangan lepaskan wap biarkan ia keluar sendiri.

3. Kalau masih panas atau suam jangan keluarkan lagi dan potong, biarkan duhulu untuk beberapa jam.

Artikel Lain