SEORANG bapa berusia 40 tahun ditahan polis kerana disyaki merogol anak kandungnya sendiri yang masih di bawah umur.
Menurut polis, perbuatan jijik suspek terbongkar selepas mangsa yang berusia 13 tahun itu menceritakan perkara berkenaan kepada bapa saudara dan ibu saudaranya.
Kejadian dilaporkan berlaku di Ngawi, Jawa Timur.
Susulan pengakuan mangsa, bapa saudaranya segeranya membuat laporan kepada polis yang akhirnya membawa kepada penahanan suspek.
Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Ngawi, AKP Joshua Peter Krisnawan berkata, hasil soal siasat mendapati suspek mengaku merogol mangsa sebanyak sepuluh kali sejak Ogos 2024.
"Suspek berani melakukannya kerana dia tinggal bersama mangsa dan seorang lagi anaknya yang merupakan adik mangsa. Isterinya bekerja luar negara,"jelas Joshua.
Suspek bakal didakwa dengan beberapa pertuduhan dan berdepan hukuman 15 tahun penjara jika sabit kesalahan. -Agensi