suria

20,000 Orang Tinggalkan Wilayah Khyber Kerana Khuatir Keselamatan Diri

PESHAWAR (Pakistan): Pihak berkuasa di wilayah Khyber, telah menganggarkan sejumlah 20,000 orang meninggalkan rumah masing-masing kerana khuatir mereka akan menjadi mangsa pertelingkahan antara tentera Kerajaan dengan puak militan.

Tiga askar kerajaan dan 34 orang militan telahpun disahkan terkorban di Khyber minggu lalu sejurus sebelum Setiausaha Negara Amerika, Hillary Clinton tiba di Pakistan untuk menekan Islamabad supaya lebih bertindak tegas ke atas kumpulan militan.

"Lebih 18,000 orang telah pun tiba di kem pelarian Jalozai dan kami yakin 2,000 orang lagi menuju ke bandar Peshawar," kata Adnan Khan, jurucakap Pihak Berkuasa Bencana Pakistan kepada agensi berita AFP.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan