LOS ANGELES: pelakon veteran Hollywood, Bruce Willis bakal menimang seorang cahaya mata baru pada umur 56 tahun bersama isteri keduanya, Emma Heming, 35, kata seorang jurucakap pada Rabu.Pelakon filem aksi itu mempunyai tiga anak bersama bekas isteri dan juga pelakon, Demi Moore. "Pasangan itu akan menyambut kelahiran anak pertama mereka pada awal tahun hadapan," kata ahli publisiti mereka."Mereka sangat gembira dengan berita tersebut dan tidak sabar untuk menyambut ahli keluarga terbaru itu," katanya dalam satu kenyataan.Willis yang mengahwini pereka fesyen dan model itu pada tiga tahun lepas mempunyai tiga anak perempuan bernama Rumer, 23, Scout, 20 dan Tallulah Belle,17 dengan perkahwinan pertamanya dengan Moore yang berakhir pada tahun 2000.Pelakon Die Hard mengahwini Heming pada Mac 2009 dengan dihadiri oleh Moore dan kekasihnya pada masa itu Ashton Kutcher. -AFP