MUMBAI: Rajesh Khanna yang sering dirujuk sebagai ‘superstar pertama’ Bollywood meninggal dunia pada Rabu selepas sakit tenat sejak beberapa bulan lalu.
Beliau meninggal dunia pada umur 69 tahun.
The Press Trust of India melaporkan bahawa beliau meninggal dunia di kediaman keluarganya di Mumbai selepas keluar dari hospital awal minggu ini.
Beliau yang dikenali sebagai “Kaka” (pakcik) di kalangan peminatnya bukan dilahirkan daripada keluarga bintang fiem seperti kebanyakan nama besar Bollywood.
Beliau membuat kemunculan pertama dalam filem berjudul “Aakhiri Khat” pada tahun 1966 tetapi kejayaan besar beliau selepas tiga tahun menerusi filem “Aaradhna”.
Ia diikuti dengan banyak kejayaan lain apabila beliau sering memegang watak utama dalam filem romantik.
Secara keseluruhan, beliau telah membintangi lebih 150 filem Hindi. - AFP