GAZA CITY: Israel dan Hamas bersetuju menerima gencatan senjata sementara selama lima jam pada Khamis bagi membolehkan kemasukan bantuan kemanusiaan ke Gaza. Gencatan senjata itu dicadangkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mulai jam 10 pagi hingga 2 petang waktu tempatan Gaza. "Kumpulan yang ada bersetuju untuk menerima tawaran PBB berhubung tempoh bertenang selama lima jam itu untuk keperluan kemanusiaan," kata jurucakap Hamas, Sami Abu Zhuri. Israel sebelum itu menerima cadangan PBB itu namun memberi amaran tenteranya akan bertindak jika diserang.