Timbalan jurucakap Majlis Keamanan dan Ketenteraman Awam Negara (NCPO) Kolonel Wintai Suvaree berkata NCPO membenarkan permintaan Yingluck untuk ke Eropah dari 20 Julai hingga 10 Ogos ini.
Wintai berkata Yingluck yang merupakan Perdana Menteri sementara sebelum rampasan kuasa oleh tentera, tidak pernah melanggar syarat dan arahan NCPO selama ini.
Ini kali pertama Yingluck ke luar negara sejak rampasan kuasa oleh tentera pada 22 Mei lalu.