suria

Hosni Mubarak Dijatuhkan Hukuman Tiga Tahun Penjara

CAIRO: Bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak dihukum tiga tahun penjara atas tuduhan rasuah selepas perbicaraan semula di ibu negara, Kaherah.

Mubarak dijatuhi hukuman tersebut kerana didapati menyeleweng dana awam dengan tujuan asal untuk pembaik pulih istana, namun disalah guna untuk pengubah suai kediaman peribadinya di Kaherah dan di pantai Laut Merah, serta sebuah ladang keluarga.

Kedua anaknya iaitu Alaa dan Gamal tela dijatuhi hukuman penjara selama empat tahun atas kes serupa.

Bekas pemimpin berusia 87 tahun dan anak-anaknya hadir di mahkamah di akademi polis di pinggir Kaherah.

Beberapa penyokongnya memakai kemeja-T dengan wajah Mubarak dan melambai kearah pemimpin itu, seperti dilapor Associated Press.

Buat masa ini masih belum jelas sama ada perkhidmatan bekas pemimpin tersbeut akan diambil kira atau dia akan dihantar ke penjara sekali lagi.

"Hasil keputusan pengadilan adalah tiga tahun penjara tanpa pembebasan bersyarat untuk Mohamed Hosni Mubarak, Gamal Mohamed Hosni Mubarak, dan Alaa Mohamed Hosni Mubarak," kata hakim Hassan Hassanein mengumumkan, seperti dikutip Reuters.

Mubarak digulingkan ketika pemberontakan di Arab pada 2011 lalu dengan harapan dapat memulihkan demokrasi di wilayah tersebut.

Hosni Mubarak

Artikel Lain