suria

Taufan Patricia Ke Utara Mexico

MEXICO: Pihak berkuasa lega apabila mendapati taufan Patricia yang membadai perkampungan di pantai Pasifik Mexico, mulai bergerak ke arah utara.

Rumah yang menempatkan 40 keluarga di Kampung Chamela itu dibadai taufan Patricia yang dikategorikan antara lima taufan ganas di Jalisco pada Jumaat.

Kesemua keluarga yang terlibat terselamat selepas mereka dipindahkan ke tempat perlindungan sebelum taufan berkelajuan 20 kilometer sejam itu menuju ke selatan.

"Kami sudah tiada apa-apa. Harta saya lenyap," kata Griselda Hernandez yang melihat keadaan rumahnya tanpa dinding dan bumbung.

Sementara penduduk Chamela hilang hampir kesemua harta mereka, beberapa wilayah lain hanya mengalami kerosakan kecil.

Bagaimanapun, pihak berkuasa mengumumkan tiada kematian dilaporkan.

Presiden Mexico, Enrique Pena Nieto mengumumkan kerosakan yang dialami adalah kecil daripada yang dijangka selepas melawat Jalisco, Colima dan Nayarit.

"Mungkin amaran itu dibesar-besarkan tetapi lebih baik diingatkan lebih awal," kata Ruben Fregoso, pemilik restoran yang membuka semula perniagaannya.

Tetamu mula mengosongkan hotel di Perto Vallarta sebelum taufan Patricia tiba, sementara ribuan pelancong yang lain dipindahkan ke tempat perlindungan. 


Patricia, Mexico, Kampung Chamela

Artikel Lain